Kenduri Kahwin Cik Mokk..

Alhamdulillah..hari ni ada masa nak update entry..bila ada masa tu maknanya bolehlah berjalan-jalan dan membalas komen yang ditinggalkan rakan blogger sekalian..sayang korang..hehehe..

Dua minggu yang lepas memang hari yang padat dengan tugas-tugas hakiki.Sampai rumah sambung pula dengan kerja rumah.Memang masa aku padat dengan melayan telatah aina dan anis. So untuk mengupdate apa-apa entry pun terbatas.

Hari ni sempatlah nak berkongsi cerita semalam kami menghadiri kenduri kahwin di Senawang,Negeri Sembilan.Planning nak sampai awal tapi sampai lewat juga.Mana taknya berpusing-pusing mencari rumah pengantin lelaki.Geram pun ada.Ingatnya aku dan suami tak pandai tengok peta..Tapi di sebaliknya...Peta lokasi tak lengkap sangat..huhuhu..

Kami sampai di sana pun jam 1.30 petang.Perut pun dah berkeroncong.Apa lagi makanlah..Alhamdulillah..kenyang..

Yang penting selamat sampai di sana..Buat Shahril dan Rizq..Tahniah dan Selamat Pengantin Baru .Selamat menempuh alam perkahwinan dan berbahagia hingga ke akhir hayat..Dari kami sekeluarga..

Kenduri kahwin
Selamat Pengantin Baru Cik Mokkkkk dari anis

Dalam perjalanan balik ikut highway lekas pulo..lekas lah sampai..hihihi..

Sempat beli ini..

Coconut Shake Special..Memang sedap..

Kenduri kahwin
yang ni kakak punya..


-tamat-










Comments

  1. Assalamualaikum dan singgah petang sis...selamat pengantin baru buat kedua mempelai...nampak sedap coconut shake special tu...

    ReplyDelete
  2. Normal la tu kalau just depend dengan peta kad kahwin semata-mata. Memang boleh sesat punya kalau kita tak biasa dengan jalan-jalan kat area tu. hehe

    ReplyDelete
  3. Peta kad kahwin ni klu diserahkan bulat2 pada printer kad kawin tu kdg2 ada yg outdated.. dia org ada yg main salin je hehee
    Apa pun, tahniah kpd pasangan pengantin... semoga berbahagia dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah rasa coconut shake. selalu minum air kelapa je. hehe

    ReplyDelete
  5. kat ke negeri 9 wajib org singgah pekena coconut shake tue kan.. mesti sedap..bulan depan nak ke sana..InsyaAllah boleh try jugak nanti..=D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK