Skip to main content

Melegakan Rasa Marah..

Ada orang marah dalam diam.Umpama api dalam sekam,membakar. Jika tidak dilepaskan bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Seperti bom meletus dan padam tidak lama kemudiannya.

Sekarang ini kalau beratur panjang, menunggu giliran di hospital atau klinik, ditambah lagi kalau ada yang memotong barisan padahal kita dah berjam-jam menunggu pastinya mengundang kemarahan.Pelbagai kata-kata kesat  yang enak didengari boleh terkeluar.
Begitu juga semasa memandu kereta. Pantang ada kereta lain memotong atau membunyikan hon, tanpa berfikir panjang, laju sahaja mulut menghamburkan kata-kata kesat.

Malah masyarakat sekarang sudah terbiasa menggunakan medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp  untuk melepaskan kemarahan mereka kepada seseorang.

Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan boleh diikuti:
  • Mengambil wuduk
  • Banyakkan beristighfar
  • Minum air
  • Berdiam diri
  • Ubah posisi
  • Tarik nafas dalam-dalam
  • Mengingatkan diri sendiri
  • Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira
  • Keluar daripada situasi marah
  • Banyakkan senyum
  • Tanamkan sifat positif dan bersangka baik
Di sini suka saya ingatkan diri sendiri, apabila kita marah kita sebenarnya di kuasai oleh syaitan.  Syaitan amat suka kepada orang yang marah dan berusaha menghasut dan mengapi-apikan manusia agar bertindak lebih ganas lagi seperti membunuh. Apabila kita marah, kita hilang pertimbangan dan cenderung menyakitkan hati orang lain. Kesannya hubungan akan renggang. Gembirakah kita selepas berjaya melepaskan amarah kepada orang lain dan apa yang kita dapat selepas memarahi seseorang?

Sebab itu kalau kita marah, kita perlu cepat-cepat mengingati Allah dan beristighfar bagi mengelakkan keadaan serius. Keadaan ini mampu mengurangkan api kemarahan dalam diri kita.



Kata orang dulu-dulu, kalau kita cepat marah, nanti cepat tua...






Comments

  1. sangat bermanfaat perkongsian ini untuk kita amalkan..

    ReplyDelete
  2. satu perkongsian menarik, cuba kawal marah kita dengan bertenang dan istigfar.. insyallah..

    ReplyDelete
  3. thanks kak share..semoga memberi manfaat utk niesa jugak.. :D

    ReplyDelete
  4. Bila ingat marah cepat tua...terus xjadi marah, hehe

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg baik.. saya sara la, saya ni jenis lmbat marah... saya rasa la.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...