Skip to main content

Frust tak dapat main badminton di dewan !!!

Frust betul semalam tak dapat main badminton di dewan. Memang dah planning semalam. Bila sampai je di dewan..lah..orang lain dah booking untuk kenduri kahwin. Sedihnya..

Semangat berkobar-kobar selepas maghrib bersiap-siap nak ke dewan. Nak buat macam mane. Tak ada rezeki, lain hari lah dapat main di dewan.

Alhamdulillah hari ini, seperti biasa aktiviti petang di hujung minggu, kami  berempat bermain badminton. Tapi bukanlah di dewan. Di halaman rumah opah dan tok dad.Cuaca amat baik hari ini. Dapatlah kami bermain petang tadi. 

Syok..berpeluh-peluh sakan kami hari ini. Walaupun AB bermain badminton dengan anak-anak dan suami je. 

AB memang suka bermain badminton. Walaupun tak pernah pun dapat proper training dari permainan ini dan bukanlah terror sangat. Sekadar suka-suka. Bila dapat bermain badminton, fikiran jadi lapang, dapat eksesais, keluarkan peluh dan bakar kolari. Lagi pun main badminton ni mana boleh berdiri setempat, kena berlari nak kejar shuttel, melompat dan guna segala pergerakan. Permainan yang menyihatkan badan dan otak yang cergas.

Kan seronoknya jika dapat bermain badminton setiap hari..

Bermain badminton

Comments

  1. main badminton mmg la byk peluh keluar.....

    ReplyDelete
  2. Main badminton dalam dewan dengan kat laman rumah banyak bezanya. Kat luar ni, kalau takda angin, seronok la main. Kalau berangin, bola asyik out je. Hehe

    ReplyDelete
  3. bagus tu...aktiviti yang sihat...^_^

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka main badminton AB walaupun exercisenya lebih kepada bongkok & angkat bola jatuh :)

    ReplyDelete
  5. Kat sekolah dulu akak memang aktif badminton ke? Hehe. Pasni leh la aina dgn anis wakil sekolah pulak :)

    ReplyDelete
  6. jom dtg ke sini...kat sini hari2 kwn2 opis main badminton kt dewan sekolah ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...