Sambal ayam dan ulam-ulaman

Menu bekal hari ini, nasi putih,ulaman dan sambal ayam dan ayam goreng untuk aina dan anis.

Memang rasa seronok bila dapat menyediakan bekal atau bento setiap hari. Puas hati tatkala menikmati makanan sendiri. 

Bangun seawal 5.00 pagi, terus masak nasi. Kemudian panaskan minyak dan keluarkan ayam yang telah pun di gaul dengan kunyit dan garam dan gorengkan ayam.Oh ye, preparation dah pun AB buat malam sebelum masuk tidur. Begitu juga sambal ayam pun dah dimasak.

Kemudian, panaskan sambal yang telah dimasak dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi.Nasi pun sudah masak.Next preparation untuk menyiapkan bekalan diisi di dalam bekas. Tadaa.. siap..Inilah rupanya bekalan AB.

bekal

Jam menunjukkan sudah 5.50 pagi, AB terus mandi dan tunggu azan subuh. Selepas solat subuh bersiap dan mengejutkan aina dan anis. AB berjaya keluar dari rumah jam 6.45 pagi dan menghantar aina  dahulu kemudian anis ke sekolah masing-masing sebelum bergerak ke pejabat. 

Alhamdulillah..jimat hari ini..tak perlu nak fikir..nak makan apa ye hari ini?..

Comments

  1. Sedapnya sambal ayam. Memang jimat dr segi masa dan duit. Pastu makanan yg dimasak sendiri lebih diyakini dr beli :)

    ReplyDelete
  2. mkn ulam n ayam pun dah kenyang kan . jimat sikit duit belanja . cuma kena rajinkan diri bangun awal ...

    ReplyDelete
  3. yeay!!! home cooking is the best ... blh penuhkn tabung ayam ni... kita geng bekal ^^

    ReplyDelete
  4. Fuhh sedap.. buat mkn malam pun sgt2 menyelerakan... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK