Skip to main content

Movie Taken 3

Kedatangan Taken 3 di layar perak memang kami berdua  nantikan. So..semalam (8.1.2015) AB dan en.suami tidak melepaskan peluang berdating berdua-duaan menonton movie ni. Selalunya berempat.Tak kan nak bawa aina dan anis menonton movie ini. Memang tak sesuai sangat kan.. Kami menonton di THX, GSC USJ Summit Mall.


Taken 3 It Ends Here
Untuk permulaan cerita ini mengisahkan seorang akauntan telah dibunuh dengan kejam oleh seseorang yang tak dikenali di office Boss akauntan ini. Kenapa dibunuh? Sebabnya Boss akauntan ini banyak hutang. Boss dia yang berhutang, dia pula yang mati..kesian.. Haa..mesti korang nak tahu kan siapa boss akauntan ni?

Bermulalah kisah Bryan Mills(Liam Neeson) yang amat menyayangi anaknya Kim. Siape yang dah tengok Taken 2 mesti tahu macammane Bryan menyelamatkan anaknya daripada menjadi seorang pelacur. Bryan Mills telah bercerai dengan bekas isterinya Lenore.Tetapi Lenore selalu menghubunginya untuk meluahkan masalahnya dengan suami barunya (Stuart St. John).

Suatu pagi selepas balik dari jogging, Bryan Mills telah menerima mesej dari Lenore ingin berjumpa Bryan di apartmentnya dan membelikan bagel untuknya. Sekembalinya Bryan dia mendapati mayat Lenore terlantar di atas katil. Macam mane diorang bunuh? Dikelarnya leher Lenore. Siapa yang bunuh Lenore?

Muncul 2 orang polis cuba untuk menangkap Bryan(Eh cepatnya polis datang).Dah tentulah dia suspek utama.Bryan sempat melarikan diri. Dia telah menghubungi Kim terlebih dahulu berita kematian ibunya dan meminta Kim berhati-hati dan akan mencari pembunuh sebenar untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Taken 3 It Ends Here
Ada part Bryan dengan mudah di tangkap oleh polis semasa dia membuat penyiasatan. Tak kan semudah itu. Sebenarnya Bryan ni banyak tipu muslihat.Habis accident teruk berlaku di jalan raya.Semuanya sebab Bryan hendak melepaskan diri.

Bryan dapat tahu pembunuhan bekas isterinya ada kaitan dengan Stuart St. John. Stuart adalah seorang ahli perniagaan.Rakan businesnya rupanya Oleg Malankov seorang Ketua Kongsi Gelap dari Rusia. Perniagaan Stuart yang terakhir tidak berjaya dan dia telah berhutang dengan Oleg Malankov. Oleg Malankov mengamuk sebab Stuart tak nak bayar hutangnya dan bunuh isterinya sebagai balasan.


Namun begitu pembunuhan Lenore tiada kaitan dengan Oleg Malankov dan dibunuh oleh orang lain. Menyesal tak sudah Byran Mills. Sebab pembunuh ada berhampiran dengannya dan telah melarikan Kim.  Tertekan Bryan Mills.Siapa yang paling Cerdik? 


Di pengakhiran cerita memang best..kereta porche boleh hancurkan roda kapal terbang.Macam tak percaya kan. Korang wajib tengok Taken 3.


Bagi AB, cerita ini menarik dan pantas, tidak meleret-leret,buat kita tak mengantuk dan tak boring. Tapi sedih sebab bekas isteri Bryan Mills mati dibunuh.


Berapa bintang :4.8 


Jangan lupa menonton movie ni..

Comments

  1. tak pernah follow citer ni.. dah masuk yang ketiga da eh..

    ReplyDelete
  2. uwaaaa..sejak ada baby ni dah jarang ke panggung..esok nak suruh cik suami download la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa anak kecik memang tak dapat nak ke cinema..sekarang dah besar ada chance lah..hehehe

      Delete
  3. mmg nak tgk citer ni, tapi tak sempat2...thanks for the review :)

    ReplyDelete
  4. Menarik.. nak tengoklah nanti.. thanks sharing AB.. :)

    ReplyDelete
  5. yg porche langgar flight tu mmg x bleh laa laa hehehe gelak sy tgk aritu

    ReplyDelete
  6. Teringin nak tgk. Kena cari online ni sbb wayang takde :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...