Skip to main content

7 Jenis Campuran Infused Water

Hari ini I nak share 7 jenis resepi campuran Infused Water dan khasiatnya sekali. Uolls boleh baca entri sebelum ini khasiat Infused Water kepada tubuh badan kita.  Baca SINI.  Siapa nak buat boleh cuba resepi di bawah ini  ye..

Infused Water
  1. Oren + Lemon + Halia Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Leman membantu dalam pencernaan dan halia bagus untuk sistem imun.
  2. Timun + Raspberi + Anggur Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.
  3. Strawberi +Limau Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut,kulit dan kuku.
  4. Nanas + Daun Pudina Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.
  5. Teh hijau+Daun Pudina+Limau Bagus untuk membakar lemak,penghadaman,sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
  6. Strawberi + Kiwi bagus untuk kardiovaskular,perlindungan usus dan kitaran gula darah.
  7. Timun + Limau + Lemon Sesuai bagi mengawal nafsu makan,penghidratan,elak perut kembung dan kekal kurus.
Cara buat Infused Water

  • Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri 
  • Masukkan ke dalam Jar
  • Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup
  • Biarkan semalaman dalam peti sejuk



-Selamat Mencuba-

Kredit : Gambar (google)
Sumber : Majalah Rapi









Comments

  1. Sy biasa buat yang lemon + strawberry je sebab sedap..hehe

    ReplyDelete
  2. Semua tu sgt2 menyelerakan saya.. rasa sihat je kalau minum waktu lunch atau makan malam.. best..

    ReplyDelete
  3. sy tingin nk buat n minum tp tu laa.... perut ni cpt meragam kalau ada benda masam

    ReplyDelete
  4. Seronok nak minum sebab colourful :)

    ReplyDelete
  5. pastu buah2 tu di makan skali lah ye??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Lirik lagu Animasi Puteri

Lirik Lagu Animasi Puteri Angin berhembus membelai mesra Tenang di jiwa suasana terkira bahagia Hatiku ceria dengar kicau kenari Cahaya suria bersinar indah Mekar mewangi bunga di taman Warna warni seluruh alam Damainya mempesona https://www.facebook.com/puterilimau.official http://www.puterilimau.com/ Anis dan Aina tak sabar nak tengok Puteri.Ala-ala Frozen..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...