Hari ini I nak share 7 jenis resepi campuran Infused Water dan khasiatnya sekali. Uolls boleh baca entri sebelum ini khasiat Infused Water kepada tubuh badan kita. Baca SINI. Siapa nak buat boleh cuba resepi di bawah ini ye..
- Oren + Lemon + Halia Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Leman membantu dalam pencernaan dan halia bagus untuk sistem imun.
- Timun + Raspberi + Anggur Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti radang dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.
- Strawberi +Limau Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut,kulit dan kuku.
- Nanas + Daun Pudina Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sendi dan arthritis dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.
- Teh hijau+Daun Pudina+Limau Bagus untuk membakar lemak,penghadaman,sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.
- Strawberi + Kiwi bagus untuk kardiovaskular,perlindungan usus dan kitaran gula darah.
- Timun + Limau + Lemon Sesuai bagi mengawal nafsu makan,penghidratan,elak perut kembung dan kekal kurus.
Cara buat Infused Water
- Potong buah-buahan mengikut citarasa sendiri
- Masukkan ke dalam Jar
- Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup
- Biarkan semalaman dalam peti sejuk
-Selamat Mencuba-
Kredit : Gambar (google)
Sumber : Majalah Rapi
Sumber : Majalah Rapi
Sy biasa buat yang lemon + strawberry je sebab sedap..hehe
ReplyDeleteMemang sedap..
DeleteSemua tu sgt2 menyelerakan saya.. rasa sihat je kalau minum waktu lunch atau makan malam.. best..
ReplyDeletesy tingin nk buat n minum tp tu laa.... perut ni cpt meragam kalau ada benda masam
ReplyDeleteSeronok nak minum sebab colourful :)
ReplyDeletepastu buah2 tu di makan skali lah ye??
ReplyDelete