Pendaftaran Kemasukan Tahun 1 2015/2016 Dibuka

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 kini boleh mendaftar kemasukan anak  Tahun 1 untuk tahun 2015 dan 2016 .Ini untuk anak-anak yang tinggal di Selangor sahaja ye.Permohonan ini telah di buka pada 1 Mac - 30 April 2014.


Kronologi ringkas pendaftaran:
  1. Sebelum itu, sila baca dulu pengenalan sistem serta tatacara dan panduan permohonan dan masukkan maklumat  MyKid dan tarikh lahir untuk mendapatkan no.Pin.
  2. Klik Permohonan online dan sila  masukkan data maklumat pemohon sehingga selesai.Sila semak semua maklumat dan ibu bapa dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan.
  3. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah yang dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan.
  • Bagi yang mendaftar pada tahun 2015 (Tarikh penting)
    1. Sila buat perakuan Permohonan Pendaftaran di sekolah di mana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran 
    2. Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 16 Julai 2014
    3. Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2014 hingga 30 Ogos 2014
    4. Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2014 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon. 
    5. Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2014
  • Bagi yang mendaftar pada tahun 2016 (Tarikh penting)
    1. Sila buat perakuan Permohonan Pendaftaran di sekolah di mana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran 
    2. Keputusan penempatan akan di keluarkan selepas 15 Julai 2015 
    3. Pengesahan Pendaftaran & Penempatan Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015 
    4. Rayuan Penempatan secara online akan dibuka pada 1 hingga 30 September 2015 kepada pemohon yang tidak berjaya ditempatkan disekolah dipohon. 
    5. Keputusan Rayuan Penempatan boleh disemak pada/ selepas 15 November 2015.
Disebabkan Anis akan mendaftar Tahun 1 pada 2016, azlea telahpun mendaftarkan nama Anis di sekolah yang sama dengan kakaknya Aina.Azlea telahpun menerima email daripada Jabatan pendidikan Negeri Selangor dan maklumat pendaftaran Anis telah pun berjaya dimasukkan ke dalam pangkalan data ESPPSEL. 

Jadi kebiasaannya pihak sekolah  akan meminta kita menyimpan dulu slip permohonan dan senarai semak dokumen. Jadi buka semula web diatas dan cetak semula pada (1 Mac-30 April 2015) , kemudian bawa semua dokumen seperti salinan surat beranak, salinan kad pengenalan ibu bapa, surat nikah, bil utiliti dan dokumen lain ke sekolah yang dipohon untuk pendaftaran.

Untuk pengesahan pendaftaran, pihak sekolah akan meminta ibubapa datang kembali ke sekolah untuk  membuat pengesahan. Sila bawa bersama Surat Beranak asal dan pihak sekolah akan membuat pengesahan dengan mengecop di belakang surat beranak. 

Selamat mendaftar...



Comments

  1. selamat mendaftar bagi yg perlu mendaftar..

    ReplyDelete
  2. wahh..mudah ye sekarang..dh boleh dftar online...

    ReplyDelete
  3. Blh lagi ke daftar anak utk thn 1 bg persekolahan 2016 secara online..dah terlepas tarikh yg diberi secara online..

    ReplyDelete
  4. Anak saya tahun 2016 baru darjah 1. Sudah termiss tarikh utk daftar tahun 2014 ni. Tahun depan masih lagi boleh daftar kan?

    ReplyDelete
  5. Ank sy pn 2016 tp x dftr lg. Bole lg ke?

    ReplyDelete
  6. Ank sy pn 2016 tp x dftr lg. Bole lg ke?

    ReplyDelete
  7. Sy dh daftar tahun1 kemasukan 2017 tapi sy dh hilang dn lupa no pin ...mcm mna sy nk semak profile prmohonan anak sy...boleh bntu sy?

    ReplyDelete
  8. Dulu permohonan di Selangor adalah 2 tahun lebih awal. Alhamdulillah skrg setahun lebih awal.

    Ruqayya wrote... Cara Mohon Sekolah Rendah Agama Integrasi

    ReplyDelete
  9. Sy dh dftr utk pemohonan drjah 1 utk 2016,tp respon xmklumkn ag oleh pihak sekolah.adkah pmohonan sy lulus

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK