Skip to main content

Waktu Mustajab menasihati anak

Assalamualaikum..


Anak-anak adalah amanah dari Allah S.W.T dan ia sebahagian ujian dari Allah S.W.T kepada kita hamba-hambanya. Ibu bapa lah yang mencerminkan keperibadian dan masa depan mereka.

Di sini azlea kongsikan sembilan waktu mustajab untuk menasihati anak-anak kerana pada waktu ini minda mereka mudah menerima dan mengingati apa sahaja yang dibisikkan kepada mereka:-
  1. Sebelum anak masuk tidur
  2. Ketika anak sedang tidur (bisik di telinga)
  3. Selepas anak bangun tidur
  4. Selepas anak mandi
  5. Selepas anak solat
  6. Selepas anak membaca Al-Quran
  7. Selepas anak berdoa
  8. Selepas anak beriadah
  9. Ketika emosi anak terangsang (contoh selepas dimarahi)
Selalunya sebelum tidur azlea akan berbual dengan aina dan anis aktiviti yang dilakukan di sekolahnya dan rumah ibu bapa azlea.. menasihatinya dan berpesan agar menjadi anak yang baik, mendengar kata dan tidak bercakap kasar dengan kawan-kawannya.

Dan sebelum mereka melelapkan mata, tak lupa membaca Surah Alfatihah, ayat Kursi dan Surah Al-Ikhlas dan  hembuskan di ubun-ubunnya serta doa-doa yang baik untuk mereka.

Yakinlah..doa seorang ibu itu adalah sangat mustajab daripada bapa, berdoalah sentiasa kepada Allah akan kebaikan dan kesejahteraan anak.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat..

Sumber pic: internet

Comments

  1. makanya para ibu perlu berhati2 bila bercakap kerana ianya blh jadi doa .

    ReplyDelete
  2. Nice info :) Memang penting and berguna satu masa nanti hehe

    ReplyDelete
  3. info yg berguna..boleh guna nanti..

    ReplyDelete
  4. Nak nasihat anak ni bukan mudah, tapi kalau nak tu boleh aje. Kena banyak guna psikologi untuk memenangi hati dan perasaan anak untuk buatkan hatinya lebih lembut mendengar nasihat kita sebagai parent.

    ReplyDelete
  5. nice share.. dapat saya tambah ilmu walaupun x kahwin lagi.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...