Skip to main content

Lautan Hindi dan MH370

Assalamualaikum...

Beginilah rupanya lautan hindi  yang ke 3 terbesar di dunia.Lautan yang dikatakan paling terpencil dan sunyi . Pertama kali melihat lautan luas ombak yang ganas dan laut bergelora.Menakutkan.SubhanaAllah!AllahuAkbar!.Betapa besarnya kekuasaan Allah dan terasa betapa kerdilnya diri ini..Mesti kalian dah menonton video ini..

Sesuatu yang amat sukar diterima apabila  kita kehilangan pesawat MH370 dan mengakhiri penerbangan di lautan hindi.Semua rakyat Malaysia bersedih dan mengharapkan keajaiban akan berlaku.Tidak mustahil kan. Itu semua rahsia Allah.Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Semoga Allah memudahkan dan mempercepatkan penemuan  serpihan pesawat dan kotak hitam dan merungkai segala misteri.

Fakta Lautan Hindi

Lautan Hindi merupakan lautan ketiga terbesar di dunia.Meliputi sekitar 20% permukaan air bumi.Di utara ia disempadani oleh Selatan Asia;di barat Semenanjung Arab dan Afrika;di Timur oleh Semenanjung Malaysia,Indonesia dan Australia; di Selatan oleh Lautan Selatan. Lautan ini dipisahkan dengan Lautan Atlantik oleh 20°Timur Meridian dan dengan Lautan Pasifik oleh 147° timur meridian.

Luas Kawasan
  • Luas: 68,556 juta km²
  • Purata kedalaman 3890 meter dan pernah mencecah 7450 meter
  • Panjang Pantai: 66,526 km
  • Negara kepulauan kecil di sebelah barat Lautan Hindi seperti Seychelles, Mauritius, Madagasacar , Comoros, Maldives dan Sri Lanka.
  • 40% daripada pengeluar minyak luar pesisir.
Sumber:Wikipedia




Comments

  1. Memang mengerikan AB..Bayangkan jika mereka semua benar-benar berada di sana..Subhanaallah...

    ReplyDelete
  2. sally tak nak bayangkan apa yg terjadi...sebab terasa sayu sangat :(

    ReplyDelete
  3. kak, niesa ada terbaca pasal video ni pg td..org ckp ni bukan video dkat lautan hindi..ni dekat atlantic,west cost portugal masa hurican..baca sini

    http://says.com/my/news/fake-video-indian-ocean-sar-mas-mh370-venere-hurricane

    ReplyDelete
  4. Semoga keajaiban berlaku.. #Pray4MH370 :(

    ReplyDelete
  5. saya ada terbaca, yg dalam video tu, bukan diambil kat lautan hindi.. ada orang saja kata video tu dari lautan hindi, nk dapat publisiti.. kalau x silap, dari lautan atlantik..

    ReplyDelete
  6. Masih doakan keselamatan MH370

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...