Skip to main content

Posts

CELEBRATE BIRTHDAY ABAH

Assalamualaikum... 31 January 2017 genap umur abah 76 tahun. Alhamdulillah Allah kurniakan abah kesihatan yang baik sihat walafiat.. Sempena umur abah yang ke 76 tahun, akak sekeluarga dengan berbesar hati membawa mak,abah dan along belanja makan-makan. Kiranya makan-makan day lah ye. Dari breakfast ke Restoren Ghani Tanjung Malim, pekena roti canai and mee rebus yang sedap hinggalah lunch di Nasi Arab Syam.  Sebelum lunch akak shopping baju pengakap untuk Aina dulu. Memang dah berjanji dengannya nak beli baju pengakap semalam. Tapi Anis ambil kesempatan, nak kasut sekolah sarung juga. Anis ohh Anis..Akak layankan aje. Berhabis jugalah dalam RM150.00. Itupun ada yang belum beli lagi tudung untuk Aina. Puas semua kedai baju dan tudung mencari tudung bawal berwarna kelabu. Warna kelabu habis tiada stok. Kata tuan kedai. Patutnya orderlah banyak. Kesian Aina. Takpe Aina, nanti mama belikan. Puas pusing tanya tuan kedai, perut pun berbunyi. Masa untuk makan...

TARIKAN DI LITTLE KINGDOM MALAYSIA

Assalamualaikum.. Hari pertama di tahun 2017 dan hari terakhir musim cuti sekolah  kami berempat ke Little Kingdom Malaysia yang terletak di aras 3, Maju Junction Mall Kuala Lumpur. Little Kingdom merupakan Taman Tema Pendidikan (Endutainment Theme Park) yang pertama di Malaysia dan merupakan tarikan terbaru untuk kanak-kanak di mana mereka boleh mempelajari, menerokai dan memories sesuatu yang baru.  So kami berkesempatan membawa anak-anak ke sini. Aina dan Anis teruja dan gembira. Sebelum masuk kami telah diberi wristband dan wristband ini akan scan masuk dan keluar. Little Kingdom menyediakan beberapa bahagian iaitu: a) Rides  b) Academic Games c) Personalized Interest Classes d)Activities (Magical Mansion,Magical Dreamland,Magical Stage and Magical Castle) e) Theme Cafes (Little Pinocchio Hut,Pirate Ship) f) Merchandise (Photo Booth,Gifts ) Di bahagian Rides terdapat dua aktiviti iaitu Fantasy Drive and Amazon Ride. So kami terus dafta...

4 H 3 M DI HOTEL FELDA RESIDENCE TERENGGANU

Alhamdulillah..dengan izin Allah kami sekeluarga berjaya juga membawa mak dan abah,along dan family adik bercuti di Terengganu. Dah lama kami plan percutian ini untuk membawa mereka. Kata suami dia rasa bercuti di negeri sendiri.Tak pelah bukan selalu jadi ketua rombongan ni.  Kami telah memilih Hotel Felda Residence Kuala Terengganu sebagai penginapan selama 4 H 3 M dan  telah menempah 4 bilik iaitu Deluxe Riverview.Hotel ini terletak di persisiran sungai Terengganu. Kami bertolak dari rumah mak abah sekitar jam 8.00 pagi dan tiba untuk check in jam 3.30 petang. Memasing dan kepenatan jomlah kita check in dan tengok bilik kita.. Check in time Level 2..diskaun ada tak? Dah sampai kita....Inilah bilik kami...2 bilik di level 7..dan 2 bilik lagi di level 11 Keesokan harinya..Sarapan pagi di tingkat 17..Sambil menikmati sarapan pagi kita boleh melihat pemandangan sungai Terengganu dan kapal-kapal kecil dan bot nelayan menyusuri Sungai Terengganu. ...

AKTIVITI KAMI SETIAP MINGGU

Ini lah aktiviti kami setiap minggu berjogging dan bersenam. It's Fun.Rasa bahagia dapat berjogging dan bersenam.Macam tak lengkap je kalau tak berjogging setiap minggu. Biasanya kami berjogging waktu pagi dan guna trek jogging di taman permainan kawasan perumahan kami. Kalau rajin buatlah sebanyak 10 pusingan.Paling lama pun 1 jam.Berapa km tak pasti.  Kalau rasa malas nak berjogging kami just fun walk pun seronok. Aina dan Anis paling banyak pun akan buat 7 pusingan. Itu pun dah memadai bagi mereka.Bila dah penat berjogging kami akan menggunakan alatan seperti Beam Hop,Leg Stretch,Knee Lift,Beam Run,Chin Up dan Parallel Bar yang telah disediakan di situ untuk otot-otot dan seluruh anggota badan. Peralatan senaman yang disediakan sesuai digunakan tidak kira usia muda dan tua. Ini gambar yang diambil sepanjang berjogging dan bersenam. Bersemangat aina dan anis seawal 7.30am bangun untuk berjogging.Tinggalkan mama di belakang ye. Aina men...

MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL SYARIF ZULKARNAIN

Bertemakan warna biru..pada 30.10.2016 telah berlangsungnya majlis aqiqah dan cukur jambul anak sulung adik AB di rumah ibu bapa AB iaitu Syarif Zukarnain. Majlis ini cukup ringkas dan dihadiri oleh sanak saudara dan ahli keluarga yang lain.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Disebabkan temanya warna biru, adik beradik dan anak saudara lain pun kena pakai warna biru. Alahai adikku. Kebetulan baju raya kami tahun 2016 warna biru, jadinya 'No problem'lah.. Seperti biasa ye Katering Adik Beradik..Memasing ada tugasnya..So tak boleh ngelat ye..Seawal 6.00 pagi kami adik beradik berkumpul di rumah mak untuk memasak lauk pauk untuk majlis ini. Anggaran tetamu 70 orang.  Ketua Chef 'Katering Adik Beradik' ini ialah Marzuki dan dibantu oleh Papa Lee (papa Aina.Anis) Menu  untuk kenduri pada hari itu ialah nasi minyak, gulai kambing kawah, rendang daging,gulai nangka, ayam goreng berempah,acar timun, samba...

TAK SANGKA PULA..KE LADANG ORKID

Cerita Raya AidilAdha yang lepas. Kononnya nak ke rumah kakak saudara selepas mengunjungi ke rumah sepupu. Lain pula jadinya. Memang dah lama tahu kewujudan ladang ini. Disebabkan ladang ini dekat dengan rumah parents AB, jadi kita ni tak ambil tahu sangat. Oleh itu kami singgah sekejap ke ladang Orkid Phalaepnopsis. Teruja sangat bila kaki melangkah masuk.. cantiknya orkid. Wow! besarnya orkid ni. Ada pelbagai saiz dan pelbagai warna. Sedikit info tentang Orkid ini. Baka Orkid Phalaepnosis ini telah diusahakan oleh Waltex Biotex Sdn Bhd dan terletak di Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Bharu. Nak ke sini dari Kuala Lumpur mengikuti Jalan Sungai Tua dan mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Tak jauh pun. Keluasan ladang ini 6 hektar.  Syarikat ini telah menjalankan proses pembiakan dan kacukan secara komersial.Kalau dulu orang akan gunakan arang untuk menanam orkid. Tapi kini penanaman orkid ini di ganti dengan lumut tanah.  Kalau nak info lebih lanjut b...

BBQ BERSAMA FAMILY

Plan untuk ber BBQ bersama family memang dah lama kami berdua rancang.Tapi...masa dan date tidak mengizinkan kami.Bukan senang untuk mengumpul ke semua adik beradik bersama untuk merialisasikan rancangan ini. Alhamdulillah  pada 10 September 2016, segalanya berjalan dengan lancar.Walaupun ada yang tiada dalam majlis itu, namun cukup meriah . Kami kongsi rezeki bersama-sama. Memang seronok bila kita dapat gathering bersama family.Dapat berborak dan berkumpul bersama-sama dan eratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.Lagipun ini first time kami buat barbeque setelah setahun berpindah ke rumah baru. Bahan-bahan yang di bakar malam itu . Ayam dan ikan kami beli di Econsave sahaja.  Kambing perap sebanyak 5 bekas kami minta adik belikan. Banyak tau...walaupun nampak macam tak cukup. Tempat pembakar tu dah lama sangat kami beli. Bayangkan 5 tahun lepas simpan dan masih baru lagi. Tahun 2016 baru kami guna.Walaupun tempat membakar tak sebesar mana p...