Skip to main content

Posts

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT (PART 1)

Assalamualaikum..Seperti yang dijanjikan ini hari ke dua kami berada di Gambang Resort City. Kami telah pun merancang pagi itu akan ke Water Park dan sebelah petang dan malam akan ke Safari Park. Bukit Gambang Water Park Ada 3 tempat Water Park di sana iaitu Coco Beach,Penguin Island and Tree Top Hills Slides. Kami berada di sana selama 3 jam sahaja sebab sebelah petang akan ke Safari Park pula. Antara gambar yang diambil: Setelah penat Mandi dan berendam, makan dan balik ke bilik penginapan, sebelah petang kami ke Safari Park. Safari Park Wild Savannah Perjalanan kami bermula di Wild Savannah yang berkeluasan 138 ekar.Kami telah menaiki tram yang berhawa dingin selama 30 minit dan tidak dibenarkan membuka tingkap untuk keselamatan. Antara binatang yang ada di Wild Savannah ialah Singa Putih,Badak Air,Burung Kasawari,Dubok Dan lain-lain. Singa Simba dan Mina. Abang long dan kakak kawasan.Tak hairan pun tengok manusia,tidur lagi best Dah lah muka burok,malas cari ...

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT

Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah bercuti selama 3hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City pada hari Jumaat minggu lepas. Sepatutnya ini percutian kali ketiga tetapi pada tahun lepas kami terpaksa batalkan percutian ini kerana Aina mengalami demam panas dan bapa mertua telah kembali kerahmatullah pada minggu itu. Syukur sangat tahun ini ada rezeki untuk mereka berdua. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan selamat. Sampai sahaja di sana terus check in dan ambil segala tiket dan voucher yang telah disediakan untuk pakej 3D2N. Ini dia tiket dan voucher untuk pakej 3D2N. * 3D2N bermalam di Family Suite,Arabian Bay Resort *Buffet breakfast untuk 4 orang di ABR Coffee House untuk 2 pagi breakfast  *Dinner untuk satu hari untuk 4 orang di Simba Hill Gourmet Hall  *Tiket Water Park - 4 orang *Tiket Safari Park-4 orang *Active Academy(AA) games untuk 4 orang (Archery,Target shooting and flying fox Memang dah faham sangat kalau bercuti aktiv...

CHENACHENIS JALAN-JALAN BUKIT FRASER

Assalamualaikum.. Ini cerita masa cuti Thaipusam baru-baru ini. Kakak dan family telah ke Bukit Fraser. Sejuknya,nyaman dan dingin. Kami Tak bermalam di sana.Hanya balik hari.Lagipun esoknya kami nak ke Gambang Resort City. Masa akak tulis entry ni, akak dan family dan pun sampai di Gambang. Berbalik pada cerita Bukit Fraser ni, cuaca pada hari itu mencecah 21 darjah celcius.Sejuk tau. Rasa tak puas pula di sana. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 1/2 sahaja melalui jalan Kuala Kubu Bharu. Maklumlah jalan tu berliku dan banyak selekoh.Siapa tak tahan mesti muntah. Macam Anis, sampai je Bukit Fraser..Papa..papa anis tak tahan nak muntah ni,kataya. Bila dah sampai  di sana apa lagi haruslah bergambar ye.Kalau tak rugi.Pemandangan memang cantik dan yang penting kami dah pun jejak ke Bukit Fraser. Tunggu turn ambil picture di Mercu Menara jam. Bunga ni cantik mama kata Aina.. Cantik lagi anak-anak mama ni. Pemandangan di Menara jam..Bagaimana nak ambil gambar ni?...

CELEBRATE BIRTHDAY ABAH

Assalamualaikum... 31 January 2017 genap umur abah 76 tahun. Alhamdulillah Allah kurniakan abah kesihatan yang baik sihat walafiat.. Sempena umur abah yang ke 76 tahun, akak sekeluarga dengan berbesar hati membawa mak,abah dan along belanja makan-makan. Kiranya makan-makan day lah ye. Dari breakfast ke Restoren Ghani Tanjung Malim, pekena roti canai and mee rebus yang sedap hinggalah lunch di Nasi Arab Syam.  Sebelum lunch akak shopping baju pengakap untuk Aina dulu. Memang dah berjanji dengannya nak beli baju pengakap semalam. Tapi Anis ambil kesempatan, nak kasut sekolah sarung juga. Anis ohh Anis..Akak layankan aje. Berhabis jugalah dalam RM150.00. Itupun ada yang belum beli lagi tudung untuk Aina. Puas semua kedai baju dan tudung mencari tudung bawal berwarna kelabu. Warna kelabu habis tiada stok. Kata tuan kedai. Patutnya orderlah banyak. Kesian Aina. Takpe Aina, nanti mama belikan. Puas pusing tanya tuan kedai, perut pun berbunyi. Masa untuk makan...

TARIKAN DI LITTLE KINGDOM MALAYSIA

Assalamualaikum.. Hari pertama di tahun 2017 dan hari terakhir musim cuti sekolah  kami berempat ke Little Kingdom Malaysia yang terletak di aras 3, Maju Junction Mall Kuala Lumpur. Little Kingdom merupakan Taman Tema Pendidikan (Endutainment Theme Park) yang pertama di Malaysia dan merupakan tarikan terbaru untuk kanak-kanak di mana mereka boleh mempelajari, menerokai dan memories sesuatu yang baru.  So kami berkesempatan membawa anak-anak ke sini. Aina dan Anis teruja dan gembira. Sebelum masuk kami telah diberi wristband dan wristband ini akan scan masuk dan keluar. Little Kingdom menyediakan beberapa bahagian iaitu: a) Rides  b) Academic Games c) Personalized Interest Classes d)Activities (Magical Mansion,Magical Dreamland,Magical Stage and Magical Castle) e) Theme Cafes (Little Pinocchio Hut,Pirate Ship) f) Merchandise (Photo Booth,Gifts ) Di bahagian Rides terdapat dua aktiviti iaitu Fantasy Drive and Amazon Ride. So kami terus dafta...

4 H 3 M DI HOTEL FELDA RESIDENCE TERENGGANU

Alhamdulillah..dengan izin Allah kami sekeluarga berjaya juga membawa mak dan abah,along dan family adik bercuti di Terengganu. Dah lama kami plan percutian ini untuk membawa mereka. Kata suami dia rasa bercuti di negeri sendiri.Tak pelah bukan selalu jadi ketua rombongan ni.  Kami telah memilih Hotel Felda Residence Kuala Terengganu sebagai penginapan selama 4 H 3 M dan  telah menempah 4 bilik iaitu Deluxe Riverview.Hotel ini terletak di persisiran sungai Terengganu. Kami bertolak dari rumah mak abah sekitar jam 8.00 pagi dan tiba untuk check in jam 3.30 petang. Memasing dan kepenatan jomlah kita check in dan tengok bilik kita.. Check in time Level 2..diskaun ada tak? Dah sampai kita....Inilah bilik kami...2 bilik di level 7..dan 2 bilik lagi di level 11 Keesokan harinya..Sarapan pagi di tingkat 17..Sambil menikmati sarapan pagi kita boleh melihat pemandangan sungai Terengganu dan kapal-kapal kecil dan bot nelayan menyusuri Sungai Terengganu. ...

AKTIVITI KAMI SETIAP MINGGU

Ini lah aktiviti kami setiap minggu berjogging dan bersenam. It's Fun.Rasa bahagia dapat berjogging dan bersenam.Macam tak lengkap je kalau tak berjogging setiap minggu. Biasanya kami berjogging waktu pagi dan guna trek jogging di taman permainan kawasan perumahan kami. Kalau rajin buatlah sebanyak 10 pusingan.Paling lama pun 1 jam.Berapa km tak pasti.  Kalau rasa malas nak berjogging kami just fun walk pun seronok. Aina dan Anis paling banyak pun akan buat 7 pusingan. Itu pun dah memadai bagi mereka.Bila dah penat berjogging kami akan menggunakan alatan seperti Beam Hop,Leg Stretch,Knee Lift,Beam Run,Chin Up dan Parallel Bar yang telah disediakan di situ untuk otot-otot dan seluruh anggota badan. Peralatan senaman yang disediakan sesuai digunakan tidak kira usia muda dan tua. Ini gambar yang diambil sepanjang berjogging dan bersenam. Bersemangat aina dan anis seawal 7.30am bangun untuk berjogging.Tinggalkan mama di belakang ye. Aina men...