Skip to main content

Posts

GERAMNYA

Salam semua.. Minggu luahan rasa.. Memang amat mengecewakan apa yang kita harapkan tidak menepati cita rasa kita.Tak tahulah nak kata apa. Geram dan sakit hati lagi. Macam ni ke tukang jahit ni jahit baju pelanggannya. Padanlah ambil murah. Murah sangat. Tapi hasilnya. Oh tidak!! Nak dibaiki pun tak boleh lagi. Baju kurung moden ni ngam-ngam bila disarung ke badan. Bila check basi kain yang ditinggalkan ?Alamak..camne. memang tak boleh di besarkan lagi. Apa boleh buat. Redha je..Tapi dah serik hantar untuk kali ke dua. Terpaksa lah beli kain lain dan tempah dengan tukang jahit mahal. Janji puas hati dan sedap di pakai.

HADIAH KAIN SONGKET SARAWAK

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.Terima hadiah kain batik songket sarawak  dari seorang sahabat. Terima kasih Nad. Ingat lagi Nad pada kakak. Terharu dan seronok tak terhingga. Tahun ni boleh lah kak AB bergaya dengan kain batik songket Sarawak pemberian Nad ini.. Sekarang tengah fikir nak design camne kain songket ni. Bila check dalam insta dan blog macam-macam kita boleh design kain songket ni. Oh dah ada idea.. Terima kasih sekali lagi Nad.Moga persahabatan ini kekal selamanya.

HAPPY BIRTHDAY AINA

Last Saturday birthday my sayang aina..wah dah semakin membesar anak mama ni.Cepat betul masa berlalu. Rasa macam sekejap je sakit semasa melahirkan aina.Sekarang dah 9 tahun.Dah nak jadi anak dara..Dah pandai sikit-sikit merajuk,melawan,gaduh dengan adik,merengek nak itu nak ini..tapi suka tolong mama buat kerja dapur,kemas pinggan mangkuk lepas makan tanpa di suruh.. Happy birthday aina.Mama dan papa love u sayang..Birthday Kali ni kita sambut di secret recepi time lunch..Special buat aina.Order apa nak.Mama papa belanja.Memang pun siapa lagi kan. Yang excited adik..order air chocolate vanilla mocha..Birthday siapa ni? Share dengan kakak aina ye.Tak nak gaduh-gaduh.Adik-beradik kena sayang menyayangi.Selalu hug2. Buat aina mama sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan aina dunia dan akhirat.Moga aina sentiasa dilindungi Allah,diberkati,murah rezeki dan menjadi anak yang solehah. Inilah keluarga kecil kami

MERAYAU-RAYAU MENCARI KASUT SUKAN

Assalamualaikum semua.. Hari ahad yang lepas, kami 4 beranak dari IOI City Mall,Aeon Equine kemudian ke Sunway Piramid mencari kasut sukan untuk anis.  Penatnya.Kasut sukan memang banyak, berlambak di kedai kasut..Tapi untuk saiz anis, tak banyak. Lagipun mahal, diskaun pun 10%, 30%..After diskaun harga kasut RM100+++..Rasa tak berbaloi beli.Pendam kan je..Insyaallah pasti ada untuk anis. Kesian anis.Tak pelah mama kita cari lain hari,katanya .Sedih pula..Selalunya dapat yang kakak punya. Anis jenis tak berkira. Mungkin itu perangai anak no 2 ni.  Paling happy go lucky aina.Kasut sukan idamannya tercapai jua. Kasut jenama Nike.harga RM69.00. Selepas diskaun. Selepas ni tak lah bersungut dia. Bolehlah aina buat 10 rounds di taman nanti setiap pagi minggu.  Kalau tak melecet kaki aina.

TAK BAWA BEKAL

Assalamualaikum.. Masa nak  ambil keputusan nak bawa bekal ke sekolah ketika aina berumur 7 tahun, memang rasa susah nak bangun awal pagi siapkan bekal.. Sekarang aina pun dah berumur 9 tahun dan anis 7 tahun..alhamdulillah kepayahan itu dapat diatasi dengan jayanya. Malah makin seronok pula.. Bohonglah dalam sebulan tiap-tiap hari bawa bekal. Ada masanya kita akan bangun lewat dan tak sempat nak siapkan bekal.Rasa kasihan pula bila tak sempat siapkan bekal even sapu roti dan mentega sahaja.Lebih-lebih lagi macam AB yang bekerja. Berlainan pula hari ini sahaja mereka berdua tak nak bawa bekal. Alasannya nak berbelanja di kantin. Baiklah sekali kala kita latih anak kita berbelanja di kantin. Nanti tak pandai pula kan... Dengan menyediakan bekal untuk anak-anak automatik kita akan bekalkan untuk diri kita dan suami. AB pun bawa bekal ke ofis.Buatkan bekal untuk anak kita buat untuk diri sendiri dan suami. Bagi AB sebagai ibu kita akan berikan yang terbaik untuk an...

MANDI LAUT DAN KOLAM

Percutian kali ini di teruskan ke Port Dickson pula. Mandi laut lah..Selagi tak sampai Port Dickson, selagi tu lah aina dan anis bising di dalam kereta. Kali ini kami check in di Ancasa Residence Port Dickson.  Berbeza sebelum ini biasanya kami  menginap di Tanjung Tuan Beach Resort if bercuti ke PD. Di sebabkan cuti sekolah dan lambat booking kami memilih Ancasa. Sampai di PD, adik AB yang bongsu join sekali percutian keluarga ini pada hal keluarga mertuanya tinggal di Port Dickson.  Bila lagi katanya..kita nak holiday dengan adik beradik serta mak abah. Inilah masanya. If bercuti ke PD mesti ada kolam dan laut. Penat kita mandi kolam kita beralih ke laut pula.. Hilang stress bila dapat mandi air laut. Makan malam kami sekeluarga hanya di apartmen sahaja dan dihidangkan dengan steamboat, nasi dan barbeque ayam.  Memang menyeronokkan bila dapat berkumpul dan bersama-sama merancang percutian akan datang.. Ke mana ? InsyaAllah k...

TIDUR DALAM BUSTEL

Tidur dalam bas? Percutian yang singkat ini, kami memilih Bustel  yang terletak di Klebang Melaka. Bas-bas yang lama telah di ubah suai menjadi sebuah hotel bajet. Pengalaman baru yang menyeronokkan bagi kami dan anak-anak. Setiap bas ada 2 bilik dan setiap bas ada katil queen size dan 2 katil single. Setiap bilik dilengkapi aircond, tv,tandas dan bilik air,almari pakaian,sejadah dan tuala. Setiap bas ada nama-nama sendiri mengikut zon di Melaka. Perkhidmatan Bustel ini di sediakan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka berhadapan dengan pantai Klebang Melaka. Yang menariknya kaunter pertanyaan dan pendaftaran pun dalam bas. Oh ye..kalau nak menginap di sini di sarankan call dulu untuk booking kerana menurut petugas bustel, selalunya bustel penuh bila tiba musim sekolah. Disebabkan kami menginap semasa cuti sekolah kadar penginapan yang dikenakan RM130.00. Kalau di lihat dari luar , alahai betul ke ni nak tidur dalam bas..Tapi bila tengok je dalam bas..Pe...