Skip to main content

Posts

Bento cantik ..

Tertarik pula hiasan pada bento yang disediakan untuk anak-anak ke sekolah..penuh dengan warna-warni..Bento? Kalau sesiapa yang masih tak tahu..bento adalah istilah bahasa Jepun dan hidangan adalah seperti nasi, sushi,shashimi,tempura dan sebagainya. Di Malaysia, budaya membawa bekal sudah lama dipraktikkan zaman nenek moyang kita lagi. Tetapi di Jepun ianya disediakan dengan cara yang menarik, kreatif dan berkhasiat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah, malah turut disediakan bagi golongan perkerja.Kini Bento menjadi tidak asing di kalangan ibu-ibu di Malaysia.. Ini dia Bento .. Bento-Nasi Bento-Pasta Tip penyediaan Bento:- Gabungkan pelbagai warna untuk menarik minat anak  Guna penerap biskut untuk membentuk buah-buah dan sayur-sayuran  Potong makanan kecil-kecil supaya nampak comel Boleh juga disusun dalam bentuk  kartun, buah,haiwan dan lain-lain Makanan disusun padat dan kemas supaya ia tidak bergerak Nasi boleh dibentuk me...

Bila aina demam, mama pun...

Hari ini masuk hari ke dua aina demam dan sudah dua hari azlea tak masuk kerja, ambil cuti mengejut.  Aina dapat cuti sakit pelajar 3 hari. 2 minggu lepas anis yang demam..rupanya nak tumbuh gigi baru, tapi gigi lama tak goyang lagi.Cepat sangat anis tumbuh gigi kekal.  Jumpa Doktor Zul semalam, suhu badan aina tinggi 39 darjah celcius. Terpaksa ambil ubat punggung. Makan pun tak berselera. Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus. Demam kalau tak surut 3 hari, kena bawa ke hospital ambil darah. Di sini azlea nak share pengalaman sendiri pada mommies (bapa pun boleh juga) nak bagi suhu badan anak turun semasa demam:- Mandikan anak 3 kali sehari, nak turunkan suhu badan dan bagi badan sejuk. Tapi tak semestinya demam je baru nak mandi 3 kali.. selsema dan batuk pun pastikan mandi 3 kali sehari.Kalau dah teruk sangat demam, mandikan anak dengan ais (setakat ini tak pernah lagi buat). Elak guna pakaian tebal.. pakai pakaian yang nipis dan longgar. Jangan selimutka...

Cantiknya Bunga Ros...

Suka bunga ros  dan pernah terima bunga ros dari seseorang? Pastinya ramai wanita suka apabila menerima bunga dari orang tersayang tidak kira sekuntum, dua kuntum atau sejambak bunga ros. Kata orang bunga ros adalah simbolik cinta.. Di sebalik kecantikan dan pelbagai warna bunga ros ni,  ianya mempunyai maksud yang tersirat. Bunga Ros Hijau (tak pernah jumpa) Menunjukkan kedamaian,kesetiaan dan warna alam semula jadi. Bunga Ros Merah Melambangkan si dia mencintaimu sepenuh hati ataupun cinta sejati yang mendalam. Bunga Ros Merah Jambu Melambangkan kelembutan dan simpati.Kamu adalah cinta pertama si dia dan menjadi rahsia sejak sekian lama.Bermakna kamu adalah insan yang menjadi idamannya. Bunga Ros Kuning Persahabatan,kegembiraan,kelegaan dan kebebasan.Permulaan sesuatu yang baru. Bunga Ros Putih Rasa cinta yang ada pada dirinya adalah cinta sejati dan sesuci bunga ros. Pokok bunga ros kalau ditanam di halaman rumah kita sebagai hiasan me...

Waktu Mustajab menasihati anak

Assalamualaikum.. Anak-anak adalah amanah dari Allah S.W.T dan ia sebahagian ujian dari Allah S.W.T kepada kita hamba-hambanya. Ibu bapa lah yang mencerminkan keperibadian dan masa depan mereka. Di sini azlea kongsikan sembilan waktu mustajab untuk menasihati anak-anak kerana pada waktu ini minda mereka mudah menerima dan mengingati apa sahaja yang dibisikkan kepada mereka:- Sebelum anak masuk tidur Ketika anak sedang tidur (bisik di telinga) Selepas anak bangun tidur Selepas anak mandi Selepas anak solat Selepas anak membaca Al-Quran Selepas anak berdoa Selepas anak beriadah Ketika emosi anak terangsang (contoh selepas dimarahi) Selalunya sebelum tidur azlea akan berbual dengan aina dan anis aktiviti yang dilakukan di sekolahnya dan rumah ibu bapa azlea.. menasihatinya dan berpesan agar menjadi anak yang baik, mendengar kata dan tidak bercakap kasar dengan kawan-kawannya. Dan sebelum mereka melelapkan mata, tak lupa membaca Surah Alfatihah, ayat Kur...

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Melegakan Rasa Marah..

Ada orang marah dalam diam.Umpama api dalam sekam,membakar. Jika tidak dilepaskan bertukar menjadi dendam. Ada yang cepat marah dan cepat redanya. Seperti bom meletus dan padam tidak lama kemudiannya. Sekarang ini kalau beratur panjang, menunggu giliran di hospital atau klinik, ditambah lagi kalau ada yang memotong barisan padahal kita dah berjam-jam menunggu pastinya mengundang kemarahan.Pelbagai kata-kata kesat  yang enak didengari boleh terkeluar. Begitu juga semasa memandu kereta. Pantang ada kereta lain memotong atau membunyikan hon, tanpa berfikir panjang, laju sahaja mulut menghamburkan kata-kata kesat. Malah masyarakat sekarang sudah terbiasa menggunakan medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp  untuk melepaskan kemarahan mereka kepada seseorang. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan boleh diikuti: Mengambil wuduk Banyakkan beristighfar Minum air Berdiam diri Ubah posisi Tarik nafas dalam-dalam Mengingatkan diri sendiri Fik...

Lautan Hindi dan MH370

Assalamualaikum... Beginilah rupanya lautan hindi  yang ke 3 terbesar di dunia.Lautan yang dikatakan paling terpencil dan sunyi . Pertama kali melihat lautan luas ombak yang ganas dan laut bergelora.Menakutkan.SubhanaAllah!AllahuAkbar!.Betapa besarnya kekuasaan Allah dan terasa betapa kerdilnya diri ini..Mesti kalian dah menonton video ini.. Sesuatu yang amat sukar diterima apabila  kita kehilangan pesawat MH370 dan mengakhiri penerbangan di lautan hindi.Semua rakyat Malaysia bersedih dan mengharapkan keajaiban akan berlaku.Tidak mustahil kan. Itu semua rahsia Allah.Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Semoga Allah memudahkan dan mempercepatkan penemuan  serpihan pesawat dan kotak hitam dan merungkai segala misteri. Fakta Lautan Hindi Lautan Hindi merupakan lautan ketiga terbesar di dunia.Meliputi sekitar 20% permukaan air bumi.Di utara ia disempadani oleh Selatan Asia;di barat Semenanjung Arab dan Afrika;di Timur oleh Semenanjung Malaysia,Indon...