Skip to main content

Posts

BELI DARLIE DAPAT 1 KOLE MARVEL

2 bulan lepas beli darlie, dapat hadiah Mug Transformer.  2 minggu lepas beli Kit Kat dapat Mug percuma. Hari ini beli 2 pek Darlie Enamel Protect dapat 1 Kole Marvel. So..bertambah koleksi mug di rumah ini. Tak perlu beli mug yang lain. Percuma ke?..Bagi AB dan suami tak..sebab kita dah beli mug sebenarnya, harganya RM0.50.Dengan pembelian  2 pek darlie percuma 1 kole, harganya RM14.90. Beli 2 pek darlie  tanpa hadiah mug ini, RM14.40. Bezanya RM0.50. Terpulang kepada kita sebagai pengguna yang bijak. Benda hadiah ni selalunya kita sebagai pengguna cepat terpengaruh. Dulu mak-mak  kita suka sangat beli barang yang ada hadiah percuma. Untung katanya..

CPUV Nuffnang: Maggi Kari - Curry Festival

Alhamdulillah rezeki datang lagi menyinggah di blog ini..CPUV yang ketiga untuk bulan Februari.  CPUV kali ini  dari Maggi Kari-Curry Festival. Terima kasih Nuffnang..

Mini GA by Nina + Anies

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sesiapa yang berminat bolehlah klik banner dibawah.  Syarat pun mudah.. Tag Budak cekgunorazimah

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di  cekgunorazimah.com  bermula pada hari ini,  31 Januari 2015 , iaitu tepat jam  12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015,  iaitu tepat jam  11.15 malam.  Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog   CN  (ada di side bar [Followers Awesome] )  Add To Circle G+CikguNorazimah   dan   Follow Instagram cikgunorazimah  (jika ada)   Buat entri bertajuk  " Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN"   Copy coding   yang telah disediakan dan paste kan ke dalam   ruangan HTML   dan   Publish  entri.   Tinggalkan URL entri   anda ke dalam ruangan komen   INI . Seramai 15 orang peserta akan  dipilih untuk masuk  dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar mem...

Jalan-Jalan Naik Komuter

Jalan-jalan naik komuter. Aktiviti kami 4 beranak di Tahun Baru Cina. Perjalanan bermula dari Stesen Komuter Batang Kali,Rawang ke KL Sentral. Harga tambang sehala untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM14.80.  Hari yang paling seronok buat Aina dan Anis .Dapat juga merasai pengalaman naik KTM komuter. Tak ada lah aina dan anis melopong bila cikgu bertanya pernah naik komuter atau tidak nanti? Ye tak..Bertolak dari Stesen Batang Kali 11.30 a.m Dah namanya cuti umum..faham-fahamlah mesti ramai yang akan naik komuter dan tentulah warga asing yang akan memenuhi komuter especially from bangladesh,nepal,indonesia,myanmar dll. Masa cuti umum ni lah mereka akan keluar beramai-ramai turun ke Kuala Lumpur.  Rasa macam bukan berada di Malaysia.  Sampai di Rawang kami perlu tukar train untuk ke KL Sentral. So lega sebabnya dapatlah kami duduk.Train ke KL Sentral lagi luas,selesa, cantik , berwajah baru dan lengkap dengan CCTV. Apa lagi sesi bergambar ye.. Tiba ...

Bahagianya mereka..

Bahagianya mereka.. Bermain tak kira masa.Itu memang hak mereka. Dunia mereka lebih ceria dan penuh dengan gelak tawa.  Ingin rasanya kembali kepada zaman kanak-kanak yang indah .Zaman kanak-kanak yang hebat.Melihat gelagat mereka AB tersenyum."Dulu aku pun seperti mereka. Bezanya zaman kita gunakan apa yang ada di sekeliling rumah untuk dijadikan bahan-bahan mainan. Bila time makan, kita makan then kita sambung balik bermain. Dah puas bermain masak-masak, bermain getah, congkak dan bermacam-macam lagi permainan. Mereka akan meningkat dewasa dan kita semakin tua. Pasti zaman kanak-kanak mereka akan menjadi kenangan buat mereka. Moga anak-anak menjadi orang dewasa yang cemerlang dunia dan akhirat.

MINGGU TERAKHIR DI BULAN JANUARI YANG MENGGEMBIRAKAN!!

Salam Februari. Pejam celik kita dah masuk bulan Februari. Rasa baru sangat sambut tahun baru. Macam tak percaya. Selepas beberapa hari  senyap seketika dari dunia blog, banyak yang AB ingin ceritakan dan kongsikan di sini.  Ke Hospital Serdang Last week adalah hari yang paling busy bagi diri AB.Last thursday, AB telah menghantar bonda tercinta mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Bonda AB telah disahkan mendapat penyakit osteoarthiristis di lutut kanannya dan hari yang sama bonda perlu ke klinik Ortopedik untuk mendapatkan suntikan Althromac.Bukan itu sahaja bonda menghidap acute gout,kencing manis dan darah tinggi. Semoga dengan suntikan ini bonda dapat berjalan seperti biasa.InsyaAllah,bonda perlu semangat dan pasti dengan sokongan kami adik beradik dan anak menantu, bonda boleh berjalan semua. Surat Serahan Milikan Kosong Bila surat sampai di rumah dan tertera alamat dari pihak pemaju, hati ini berbunga dan berteka teki.Adakah ini surat serahan pe...