Skip to main content

Posts

Puteri Limau Full Movie

Sudah seminggu lebih tv di rumah ini rosak dan perlu dibaiki. Bermakna seminggu juga lah tak menonton tv waktu malam.  Hari minggu ini lappy AB jadi mangsa budak berdua ini. Macam-macam cara diorang bodek AB. Anis macam biasa nak tengok animasi puteri..aina nak tengok bola kampung..Tak nak diorang bosan hari ini, kita tonton animasi puteri.. Selamat Menonton.

Spaghetti Bolognese tak cukup?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Sarapan yang mudah dan ringkas pagi ini. Spaghetti bolognese campur daging . Order dari aina dan anis. Yumm..yumm..Tapi tak cukup ambil bahagian AB..Tengok je lah bila anis dan aina ambil bahagian AB..Kenapalah tadi tak buat banyak.. Sedapnya.. Bahagian AB dibahagi dua.Janji diorang kenyang  dan happy.Alhamdulillah dan bersyukur pagi ini dapat menikmati makanan bersama-sama.

TAG NAMA DARI HIKAYAT SEORANG BUDAK

Assalamualaikum, Entri ini khas untuk  BUDAK  kerana bersusah payah buat tag nama untuk kawan-kawan blogger yang aktif singgah di blognya sepanjang 2014. AB adalah antara  41 Blogger Aktif  yang rajin komen di blog beliau. Terima kasih Budak, terharu sangat. Semoga persahabatan kita di alam maya terjalin erat.Insyaallah. Sesiapa yang belum mengenali beliau,  silalah ke blognya  Hikayat Seorang Budak . Wassalam..

Bekal kat mana ?

Nak dikatakan pagi ni kelam kabut tak lah. Bangun seperti biasa siapkan bekalan a.k.a bento untuk Aina dan Anis. Bekal sendiri boleh terlupa. Bukan tertinggal atas meja makan sebelum keluar rumah tapi tertinggal dalam rak motor. Sebelum masuk pintu office..terfikir..ada benda lah yang lupa.Sah bekal dalam rak motor. En.Abang pun terlupa sama. Yang dipesan jam 5.30pm tau balik. Memang pun office hour 5.30pm. Emmm..tak ada rezeki lah hari ini. Tak pe AB belanja picture bento semalam.Nasi lemak  chenachenis . Boleh tu repeat order hari ni..Sedap sangat lah agaknya.

HEADER BARU CHENACHENIS

Assalamualaikum... Happy sangat bila dapat kiriman header baru daripada Anies .Cantik dan cute dengan gambar Aina dan Anis.  Yang ni header lama blog  chenachenis . Simple kan.. Sekarang dah bertukar wajah.Hasil sentuhan dan kreativiti anies. i like... Terima kasih banyak-banyak  anies. Anies memang baik hati. Ada kawan-kawan blogger nak tukar header baru ataupun buat tempahan boleh hubungi anies di  aniesandyou.blogspot.com

Suka masak-masak

AB suka masak menu yang ringkas,senang dan mudah dimasak . Menjimatkan masa AB di dapur dan masak dengan kadar segera. Selalunya AB habiskan bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. Tak suka top-up banyak bahan mentah ataupun beli untuk seminggu.  2 hari yang lepas AB ada membeli ikan siakap..So hari ini menu sambal ikan siakap dan kailan goreng sos tiram . Pergghh..memang sedap walaupun ikan siakap ini bukan dimasak 3 rasa atau masak stim. Disebabkan bahan tak cukup..kita buat sambal jelah.  Mudah sahaja, goreng ikan siakap. Ketepikan. Then masak cili sesedap rasa.Ikut suka lah nak banyak atau sikit, masukkan bawang merah yang telah dipotong.Tambah gula dan garam. Cili dah masak tuangkan keatas ikan.Hias dengan cili hijau jika suka. Hidangkan. Sambal ikan siakap Menu ke 2, kailan goreng. Panaskan minyak. Goreng bawang merah, kemudian masukkan bawang putih. Naik bau, masukkan batang kailan dulu, tambah sos tiram,gula dan garam. Kemudian masukkan daun k...

Kembali Ke Sekolah 2015

Back to school 2015 . Yeahh esok sekolah. Selamat kembali ke sekola h Aina dan Anis. Mesti seronok dapat berjumpa kembali dengan kawan-kawan setelah hampir 2 bulan bercuti.  Banyak cerita yang akan kalian bualkan.Bercuti di mana?Aku dan family kan bercuti di...ataupun ayat paling sedih..aku balik kampung je..tak kemana pun. Alhamdulillah walaupun AB berkerja, rutin AB kembali seperti biasa menguruskan mereka berdua, bangun awal pagi sebelum ke office dan menghantar mereka ke sekolah. Tahun in Aina akan masuk darjah 2 dan Anis masih belajar di Tadika. Hari ini, AB pastikan segala kelengkapan sekolah untuk sekolah pagi dan petang dah pun ready. Begitu juga dengan baju sekolah sudah pun di iron malam semalam. Semoga tahun 2015, anak-anak lebih fokus belajar, bersemangat dan kesihatan mereka lebih baik agar dapat belajar dengan tenang serta diterangkan hati untuk menimba ilmu. "Selamat Kembali Ke Sekolah"