Skip to main content

Posts

CPUV Nuffnang Disember 2014

Alhamdulillah..CPUV sepanjang bulan disember 2014. Terima kasih Nuffnang dan pihak penaja kerana sudi memilih blog ini untuk beriklan. Kepada kawan-kawan terima kasih ye..sudi klik iklan-iklan di atas.. Moga tahun 2015, kita semua sentiasa dimurahkan rezeki.

Daging Goreng Kunyit sedapnya

Inilah resepi paling mudah dan ringkas..Sedap dan menyelerakan bila makan dengan nasi panas dan ditambah dengan telur asin dan ulam kacang panjang..perghhh.. Bahan-bahannya; 1/2 kg daging yang dipotong kecil Sedikit kunyit Sedikit Garam Sedikit Gula Sekeping asam  1 labu bawang besar (potong dadu) 1/2 inci halia 1 biji bawang putih  1 biji cili besar  Cara memasak; Gaul daging yang sudah dipotong bersama kunyit,garam,gula dan asam keping.Perapkan daging tersebut. Panaskan minyak dan goreng daging tersebut.Masukkan air sedikit. Bila daging dah lembut, masukkan bawang besar,halia dan bawang putih. Rasakan samada cukup garam dan gula. Kacau daging, masukkan cili besar yang sudah dihiris. Boleh juga masukkan kacang panjang kalau suka. Tutup api, dan hidangkan.. Mudahkan.. Selamat Mencuba.

Suka Makan Pisang

Kami sekeluarga suka makan buah pisang . Beli sesisir sekejap je dah licin. Sedap dan mengenyangkan. Macam-macam resepi yang boleh kita buat dengan buah pisang ni.Boleh buat jemput-jemput pisang, pisang goreng,lepat pisang,kerepek,kek pisang,gulai pisang,banana split, banana smoothie dan yang terbaru pisang goreng cheese yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Banyak sebenarnya khasiat makan pisang. Antaranya bagus untuk sistem penghadaman dan pencernaan terutamanya yang mengalami sembelit. Makanlah pisang untuk perut yang sihat. Pisang memberi tenaga kerana mengandungi gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. That's why atlet sukan suka makan pisang untuk memberi tenaga dan menghilangkan kepenatan. Teringat dulu semasa aina mewakili selangor dalam bola jaring peringkat kebangsaan 2013, habis je satu-satu perlawanan jurulatih cepat-cepat beri makan pisang. Pisang mengandungi pottasium yang dapat membantu meno...

Banjir luar biasa di Pantai Timur

Sedihnya bila melihat keadaan banjir di Pantai Timur terutama di kelantan.Keadaan semakin buruk bila mana banyak jalan-jalan ditutup dan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan . Syukur alhamdulillah, rumah mertua di Terengganu tidak dinaiki air dan selamat kerana berada di kawasan tinggi. Begitu juga keluarga yang lain. Sama-samalah kita berdoa agar mangsa banjir  terus tabah dengan ujian yang menimpa.  "Wahai bumi,telanlah airmu. Dan wahai langit,berhentilah dari curahan hujanmu. Surah Hud:44 Ini ujian Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran dan keimanan hambanya.Semoga mereka juga menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa dan selepas banjir. Kerana bila selepas banjir macam-macam penyakit berjangkit. Kredit:  Utusan Online

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz

Segmen Bloglist January 2015 by Akim Imtiyaz 22 Disember - 30 Disember Klik banner di atas atau pun  SINI

Untungnya anak sekarang

Pejam celik kita dah nak ke penghujung 2014. Cepatnya masa berlalu. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah tentu sibuk menyediakan segala persiapan dan kelengkapan sekolah anak untuk tahun 2015. Bila dah naik sekolah tahun baru, mesti nak baju baru,beg baru,kasut baru,stoking baru,botol air baru dan alatan tulis yang lain. Semuanya nak serba baru.Belum lagi persiapan sekolah petang. Zaman sekarang semuanya mahal belaka. Dapat yang murah pun mesti tak tahan lama dan cepat koyak.Tak sampai setengah tahun mesti ada yang berganti baru. Tak macam dulu. Tahan lama dan berkualiti. Macam kasut boleh pakai sampai akhir tahun. Beg boleh pakai sampai darjah 6.Itu dulu lah, sekarang lain. Untungnya anak-anak sekarang.Apa yang diminta pasti dapat. Anak-anak sekarang memang demand. Nak yang beg macamni.Tak nak camni..Nak beg yang ada roda..Haish..Dari satu kedai ke kedai lain memilih beg. Macam-macam design beg yang cantik.Rambang mata.  Apa yang penting berbelanjalah mengikut ...

Jangan Suka Menabur Janji

Ramai orang berjanji.Ramai juga yang memungkiri janji.Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana. Janji..memang mudah untuk diucapkan, tetapi melaksanakan bukannya mudah. Dari itu janganlah suka menabur janji kerana didorong rasa gembira  dan memberi harapan yang tinggi, kerana akan ada hati yang akan kecewa dan terluka sekiranya tidak dipenuhi. Ada juga di antara  ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak.Mungkin bila berjanji dengan anak-anak dapat menenangkan perasaan hati anak-anak. Gembiralah hati si anak bila mendengar janji dari ibu bapanya. Apabila masa yang ditunggu telah tiba, menagih simpatilah anak-anak. Tapi janji tinggal janji.Kecewa dan sedih hati anak-anak apabila yang dijanjikan tidak ditunaikan. Jauhilah sikap suka berjanji kosong, kalau tidak mampu ditunaikan. Kerana ingatan anak-anak lebih tajam dan kuat dan akan ingat sampai bila-bila berbanding orang dewasa. Itu janji dengan anak-anak.Bagi pasangan yang bercinta.Janji ke...