Skip to main content

Posts

Untungnya anak sekarang

Pejam celik kita dah nak ke penghujung 2014. Cepatnya masa berlalu. Bagi ibu bapa yang ada anak-anak bersekolah tentu sibuk menyediakan segala persiapan dan kelengkapan sekolah anak untuk tahun 2015. Bila dah naik sekolah tahun baru, mesti nak baju baru,beg baru,kasut baru,stoking baru,botol air baru dan alatan tulis yang lain. Semuanya nak serba baru.Belum lagi persiapan sekolah petang. Zaman sekarang semuanya mahal belaka. Dapat yang murah pun mesti tak tahan lama dan cepat koyak.Tak sampai setengah tahun mesti ada yang berganti baru. Tak macam dulu. Tahan lama dan berkualiti. Macam kasut boleh pakai sampai akhir tahun. Beg boleh pakai sampai darjah 6.Itu dulu lah, sekarang lain. Untungnya anak-anak sekarang.Apa yang diminta pasti dapat. Anak-anak sekarang memang demand. Nak yang beg macamni.Tak nak camni..Nak beg yang ada roda..Haish..Dari satu kedai ke kedai lain memilih beg. Macam-macam design beg yang cantik.Rambang mata.  Apa yang penting berbelanjalah mengikut ...

Jangan Suka Menabur Janji

Ramai orang berjanji.Ramai juga yang memungkiri janji.Ada janji yang membawa bahagia dan ada janji yang membawa merana. Janji..memang mudah untuk diucapkan, tetapi melaksanakan bukannya mudah. Dari itu janganlah suka menabur janji kerana didorong rasa gembira  dan memberi harapan yang tinggi, kerana akan ada hati yang akan kecewa dan terluka sekiranya tidak dipenuhi. Ada juga di antara  ibu bapa yang berjanji dengan anak-anak.Mungkin bila berjanji dengan anak-anak dapat menenangkan perasaan hati anak-anak. Gembiralah hati si anak bila mendengar janji dari ibu bapanya. Apabila masa yang ditunggu telah tiba, menagih simpatilah anak-anak. Tapi janji tinggal janji.Kecewa dan sedih hati anak-anak apabila yang dijanjikan tidak ditunaikan. Jauhilah sikap suka berjanji kosong, kalau tidak mampu ditunaikan. Kerana ingatan anak-anak lebih tajam dan kuat dan akan ingat sampai bila-bila berbanding orang dewasa. Itu janji dengan anak-anak.Bagi pasangan yang bercinta.Janji ke...

Jom buat Fruit Infused Water

Assalamualaikun dan salam jumaat semua.. Rasanya uolls semua pasti tahu tentang Fruit Infused Water (FIW) . Fruit Infused Water adalah campuran air putih atau kosong, tanpa bahan perasa dengan buah-buahan, daun herba dan dibiarkan di dalam peti sejuk  selama beberapa jam. FIW amat bagus untuk kesihatan kita sebabnya khasiat dari buah-buahan campuran ada dalam air tersebut.  Badan kita memang memerlukan 2 liter air setiap hari. Daripada minum air bergula setiap hari, jom buat FIW.  Ini dia My Fruit Infused Water . Campuran buah oren, strawberry dan pudina. Memang menyegarkan. Selalunya buat campuran oren dan lemon. Disebabkan lemon dah habis, dan ada lebihan strawberry, terhasillah seperti gambar di atas. Macam-macam resepi dan kombinasi campuran buah-buahan yang boleh kita buat. Kita juga boleh buat daripada buah-buahan lain seperti nenas,timun,tembikai susu,halia, serai,kulit kayu manis dan buah yang uolls suka. Bila nak minum ? Boleh minum sepan...

Singgah sebentar Strawberry Leisure Farm di Genting Highlands

Assalamualaikum semua.. Dalam perjalanan balik dari Terengganu ke rumah, kami singgah sekejap di Genting Strawberry Leisure Farm di Gohtong Jaya. Ini pun sebab aku beria-ia nak beli strawberry yang segar bugar. Kali terakhir ke sini 2 tahun lepas masa aina 5 tahun. Lama kan.Padahal nak ke Genting perjalanan tak lah jauh. Hanya mengambil masa 20 minit je dari rumah. Sebab dekat sangatlah kami jarang ke Genting Highlands.  Sampai je di pintu masuk Strawberry Farm.Eehhh..dan kena bayar. Dewasa RM8.00 dan kanak-kanak RM5.00. Masuk jugalah.Walaupun hati ini bengkak dan geram. Jumlah RM26.00. Papa aina dan anis memang tak puas hati. Tanya lah dengan pekerja di situ.Bayaran bermula bulan lepas. Nak petik strawberry pun boleh.Harganya 100gm RM8.00.Tak nak pun tak pe. Boleh beli depan masuk ladang strawberry.  Macam-macam ada di Genting Strawbery Leisure Farm. Ada Lavender Farm,Ladang cendawan,kedai dan cendermata. Bersakanlah aina dan anis jadi model di Lavender Farm. ...

Bercuti dan balik kampung Terengganu

Assalamualaikum semua.. Syukur alhamdulillah, cuti persekolahan akhir tahun 2014 telah pun bermula. Kalau uolls perasan blog ini seminggu lebih tidak berupdate. Ini bermakna bila tuan blog bercuti, blog ini pun bercuti. Nak menikmati cuti sebaik yang mungkin. Seperti biasa, bila cuti sekolah bermula,  ada yang akan membawa anak-anak bercuti. Paling tidak pun pulang ke kampung.K ami sekeluarga telah pulang ke Terengganu. Aina dan Anis memang excited sangat nak balik kampung Terengganu. Jumpa sepupunya sebelah papanya dan tok serta toki nya.  Yang paling best bila balik Terengganu, dapat makan macam-macam. Dari nasi hinggalah bermacam-macam jenis kuih yang sememangnya tiada di Selangor. Keropok lekor Terengganu memang sedap. Terasa ikannya. Sempatlah juga menikmati ikan celup tepung Teluk Ketapang. Murah dan sedap.  Yang ini memang kena naik.Apalagi berkudalah. Kalau boleh budak berdua ni nak berkuda tiap-tiap hari.Nasib baiklah rumah mertua ke bandar Ter...

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segmen Bloglist Januari 2015 by CN Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di  cekgunorazimah.com  bermula pada hari ini,  30 November 2014 , iaitu tepat jam  12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014,  iaitu tepat jam  11.15 malam.  Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog   CN   Add To Circle G+CikguNorazimah   dan   Follow Instagram cikgunorazimah  (jika ada)   Buat entri bertajuk  " Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"   Copy coding   yang telah disediakan dan paste kan ke dalam   ruangan HTML   dan   Publish  entri.     Tinggalkan URL entri   anda ke dalam ruangan komen   INI . Seramai 15 orang peserta akan  dipilih untuk masuk  dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN  ke dalam bloglist mereka...

CPUV Nuffnang lagi dan lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ini CPUV dari    Inti 2015 Cycle 1 Degree, Clinique Sonic System  Altel Digital Campaign dan Mah Sing-Anenue Street. INTI 2015 Cycle 1 Degree. Clinique Sonic System Mah Sing-Avenue Street Terima kasih  Nuffnang  dan pihak penaja.Jemput klik nanti ya.