Skip to main content

Posts

Semak keputusan peperiksaan sekolah (SAPS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mudahnya, semuanya hanya dihujung jari. Semuanya Online. Oh ye..dah semak keputusan peperiksaan anak? Saya sudah. Alhamdulillah.Moga aina terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Mudah sahaja.Ibu bapa dan penjaga kini boleh memeriksa keputusan peperiksaan anak diatas talian hanya melalui  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibu bapa atau penjaga perlu memasukkan No Kad Pengenalan Anak/Sijil Lahir,pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan Tahun Peperiksaan. Kemudian Tekan Semak Laporan. Kemudian akan keluar butiran nama pelajar. Pilih peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun dan tekan papar slip keputusan atau papar markah peperiksaan.  Dengan menekan papar markah peperiksaan, kita boleh membuat analisa keseluruhan pencapaian pelajar.  Sistem ini amat memudahkan dan amat sesuai dengan keperluan semasa. Kalau dulu sekolah menggunakan Report Card dan hanya boleh dilihat pa...

Si Pink dah Okey :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur alhamdulillah. Si Pink dah ok. Baru lah best nak berblog kan.  Mujurlah ada kawan suami yang baik hati Bob tolong check si pink ni. Terima kasih banyak-banyak bob. Puncanya RAM dah rosak. Lega.. Selepas ini nak upgrade RAM sahaja. Sebab si pink dah jadi slow. Terima kasih kawan-kawan sudi tinggalkan jejak di sini. Nanti slowly jejak bila blogwalking ya.

Suka baca buku tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Beli buku setiap bulan? Ada orang kata rugi beli buku ni.Tak ada faedahnya.Bukan boleh kaya pun. Itu pendapat orang lain.Bagi aku setiap bulan aku akan menghabiskan minimum sebanyak RM50.00 untuk membeli buku. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana duit gaji kita disalurkan. Itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapatnya sendiri.  Hari ini aina minta aku belikan buku komik untuknya. Dah lama sangat dia minta. Disebabkan final exam dah selesai,oleh itu hari ini dapatlah buku komik yang diidam-idamnya.Selepas aku pun puas hati ayat dan bahasa komik tersebut adalah ayat standard Bahasa Melayu dan sesuai dibaca olehnya. Tunjuk contoh minat membaca Memang susah sebenarnya untuk kita sebagai ibubapa untuk memupuk minat membaca dikalangan anak kita.Kalau tak bermula dari kita siapa lagi. Didikan bermula dari kita juga. Sebelum kita suruh anak kita membaca, kita mesti tunjuk contoh yang kita juga minat membaca. Mungkin disebabkan aku juga...

Si Pink meragam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 2 minggu tak update blog guna lappy , entah camne malam semalam dok asyik layan blog, tetiba skrin lappy  dah jadi hura hara dan jadi kucar kacir. Sumber: google Eh..eh kenapa ni? Alamak..nak buat camne ni.Sedihnya.. Ke sebabnya lama tak format ; Power ada tapi skrin gelap ; Bunyi kipas kuat ; Ke motherboard dah rosak ? Jangkitan virus ? Ke kepanasan yang melampau .. Hari ini memang kebetulan aku bekerja di hari ahad dan rakan sekerja pun berkerja hari ini, apa lagi minta tolong dia check lappy ku sebab apa puncanya.Kemungkinan katanya motherboard rosak.. Lappy Sony Vaio Pink ni hampir 3 tahun setengah aku guna.. Sayangnya.. Buat masa ini terpaksa update blog dan blogwalking guna pc office bila time tak sibuk. Ataupun blogwalking guna smartphone comel ku..

Majlis Pertunangan adik

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aku dah mula hilang mood berblog. Nak online pun malas.Ini boleh dikatakan kemalasan tahap (gaban) . Mungkin disebabkan banyak sangat peristiwa yang menimpa keluarga ku di bulan oktober ini dan kekangan masa dan kerja yang banyak akhir-akhir ini.  Kira tragedi oktober lah ni (ada ke patut) .Mak sakit sebelum hari raya Aidil Adha kemudian masuk wad seminggu sebelum majlis pertunangan adik bongsu ku pada 1 Muharam 1436H. Alhamdulillah majlis pertunanganya berjalan seperti yang dirancang.  Majlis pertunangan adik pun kami adik beradik yang siapkan.Tiada catering, semuanya buat sendiri. Sampaikan mak hiba melihat kami adik beradik memasak hidangan untuk tetamu yang akan datang.  Aku belanja uolls gambar sekitar majlis pertunangan:- budak paling rajin cuci pinggan..siapa lagi anis ku sayang.. kawan-kawan abah yang datang.Majlis belum bermula.. Terselit gambar aina.air yang pak ngah buat sedap katanya.. Aku, adik ...

Alhamdulillah mak semakin sihat

Assalamualaikum semua..Setelah beberapa hari menyepi, baru hari ini dapat menjenguk blog di pagi Jumaat yang indah.Alhamdulillah mak semakin beransur pulih dari sakitnya.  Rasa pilu yang amat sangat bila mak dimasukkan ke wad akibat menahan kesakitan gout yang amat sangat dan penyakit lain . Terima kasih pada suami yang tercinta memahami dan membenarkan aku menjaga mak sepanjang mak di wad. Semoga mak cepat sembuh seperti sedia kala. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Salam Maal Hijrah 1436H kepada seluruh umat Islam. Kita akan bertemu 1 Muharram pada 25 October 2014.Cepat benar masa berlalu. Pejam celik dah masuk tahun baru bermakna bertambahlah usia kita.  Semoga kita semua berazam untuk membuat perubahan kearah kehidupan yang lebih baik dan segala amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Bila Nak Tambah Anak Ni?

Lumrah hidup, manusia tidak pernah berhenti bertanya soalan yang sama.Tanpa memikirkan perasaan orang lain.Mungkin terlampau prihatin. Sebelum berkahwin."Eeh..kau ni bila nak kahwin, tak kan nak hidup membujang.Kena mandi bunga ni." Alhamdulillah, bila sudah berumah tangga dan mempunyai anak.  "Tak nak tambah lagi ke.Mana cukup. Sikit je anak ko.Nanti rugi dan menyesal bila dah tua." Sesuka hati dan sesedap mulut berkata. (Dah tua pun..anak ramai sekalipun akan tinggal berdua je..hehehe) Bagi aku kualiti itu penting dari kuantiti . Anak adalah amanah Allah . Kita yang menentukan dan mencorakkan masa depan anak. Ya..rezeki  ada pada setiap anak. Rezeki tak kan bergolek kalau banyak anak sekali pun. Kita kena berusaha. Yakinlah rezeki itu datangnya dalam pelbagai bentuk ,bukan hanya anak, rezeki kesihatan baik, hidup tenang,kaya raya dan macam-macam lagi.. Yang pastinya jawapan itu ada pada Yang Maha Esa. Kita hanya merancang.Dia yang menentuk...