Skip to main content

Posts

Solekan undang penyakit

Assalamualaikum.. Info yang dipetik daripada Mag.com,kosmetik mempunyai tempoh jangka hayat tertentu..dan penggunaan lebih daripada yang ditetapkan akan mengundang risiko penyakit.. Sumber : google Oleh itu ladies sila baca ye.. Lipstik (18 bulan):Lebih daripada tempoh itu, lipstik akan mengalami perubahan warna,meninggalkan aroma yang kurang enak dan tempat pembiakan bakteria untuk membiak, alergi dan kanser kulit. Maskara (3 bulan): Hindari menggunakan maskara yang sama lebih dari 6 bulan sebab ia akan membuatkan mata mengalami infeksi. Bedak/Loose powder (2 tahun): Bedak boleh disimpan sehingga 3 tahun dari tahun pembuatannya.Namun bedak akan kering selepas 2 tahun penggunaan dan tidak lembut.Tukar span sekerap mungkin untuk elak pertumbuhan bakteria. Berus solekan: Amalkan mencucinya 2 minggu sekali.. Selepas ini sesiapa yang sentiasa bersolek tu pastikan uolls periksa lipstik, bedak atau maskara berapa lama dah guna..Jangan guna melebihi tempoh..baha...

Dah habis mama...

Mesti ibu,mama,mummy dan seangkatan dengannya gembira bila anak kita puji masakan kita habis di makan kan..Maknanya mestilah sedap.. Sama juga cam aku, telefon aina dari office masa lunch before aina pergi sekolah petang.Tanya padanya macam mana jamuan raya di sekolah hari ni.Seronok atau tidak..Mestilah seronok katanya..dan yang best tu..nasi goreng dengan ayam goreng yang aku masak waktu pagi habis kawan makan katanya.. Tapi ada tapinya..Kakak tak dapat makan nasi goreng yang mama buat pagi tadi,katanya..Lah sedihnya..Katanya bila kakak nak makan nasi goreng mama dah habis,esok mama buat lagi ye.. Sedih dan terharu..tak ada rezeki aina..rezeki kawan-kawannya..

Happy Birthday Anis

Happy birthday sayangku Anis yang ke 5 tahun. Moga menjadi anak yang solehah,dikurniakan kegembiraan,kesihatan,kekayaan, disenangi,rahmah dan barakah dunia dan akhirat. Papa,mama dan kakak aina love u till jannah.

Jamuan Hari Raya office 2014

Assalamualaikum.. Selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014 tahun ini kat office..Meriah tahun ni macam-macam juadah yang di bawa oleh staff Imperians..Mengenyangkan..Alhamdulillah.. Sebelum majlis bermula kitorang ada latihan bomba..Masa ni pula management building ni buat latihan..Beramai-ramai lah kitorang turun tangga lenggang kangkung dari tinggat 11.  Apa lagi bila latihan selesai, kitorang semua kelaparan..Sepatutnya majlis bermula jam 12.00..Terpaksa di anjak ke jam 1.00.Yang penting kitorang happy.. Layan jelah picture kat bawah ni ye.. Senyum semua kita buat free style... "Us" yang selalu buat IMPERIA huru-hara.. Selfieeeeee lagi..tak habis-habis.. Juadah yang disediakan.. Dessert Cabutan bertuah.. Staff yang dapat Tupperware tu jangan malu-malu nak bungkus ye.. 

Renungan Bersama

kredit to :Selawat Perdana

Projek mengaler kuku

Assalamualaikum.. Nak marah pun tak boleh.Tapi ni memang kelakar bila anis tunjukkan kuku kakinya dah dikaler dengan macam-macam warna. "Cantik kan mama,kuku anis.Alah nanti anis basuh lah..boleh hilanglah mama.. Emm..pandai pula tu..nak bagi kita jangan marah dia.. Patutlah petang semalam anis dok diam dalam bilik..rupenya buat projek mengaler kuku kaki dan jari.Tak Tahu lah idea dari mana anis dapat guna magic pen.. Nak dekat 5 tahun birthday anis macam-macam perangai yang dia buat.. Alahai sayang..

Cara legakan Sakit Tekak

Assalamualaikum.. Rasanya mesti uolls pernah diserang sakit tekak.Kadang-kadang tu terlalu perit,sukar untuk menelan makanan dan minuman. Selalunya I kalau sakit tekak,cara yang paling mujarab dengan minum campuran madu dan lemon.Caranya campur dua sudu teh madu,satu sudu teh air perahan lemon ataupun hirisan lemon ke dalam 250ml air panas.Kalau nak rasa sedap boleh campur gula sedikit.Jangan banyak..Memang sedap..Amalkan sehingga rasa sakit tekak hilang.. Kredit google Cara lain dengan meminum susu kayu manis.Cara membuatnya, campur 250ml susu tawar dengan seperlapan sudu teh serbuk penaik,1 sudu makan gula pasir,1 sudu teh madu dan setengah sudu teh kayu manis. Kacau rata kayu manis, gula pasir dan sebuk penaik,baru tambahkan susu dan kacau selama 1 minit.Kemudian panaskan di atas dapur dengan api kecil sederhana hingga hangat (jangan mendidih tau).Barulah tambah madu setelah susu hangat dan dihidangkan. Teh herba juga boleh membantu legakan sakit tekak uolls..Ant...