Skip to main content

Posts

Dah nak raya yeaaa..

Assalamualaikum.. Hari ini hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan..Sebak rasanya kerana Ramadhan akan meninggalkan kita semua..Tak tahu lagi bila kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan akan datang..Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang.. Hari ini last day kerja..kerja-kerja yang tertangguh hari tu pun dah siap..Alhamdulillah..lega rasanya, dapat menyiapkan kerja dan dapatlah bercuti dengan senang.. Lagu-lagu raya sekarang ni semakin rancak berkumandang di radio..Mood raya dan nak balik kampung membuak-buak.. Bila dengar lagu raya macam-macam perasaan ada..sebaklah,sedih dan gembira.. Persiapan raya tahun ni buat ala kadar je..Tak tahu lah kenapa raya tahun ni aku malas nak buat kuih raya..Beli kuih tunjuk-tunjuk je..Tak banyak pun..Lagi pun lepas raya baru nak buat kuih..Hehehe..Ada ke patut.. Rasanya malam ini ramai yang dah merancang untuk pulang ke kampung masing-masing..Tapi sebelum tu pastikan dulu keadaan rumah selamat,pint...

Syoknya Cuti..

Assalamualaikum.. Hari ni dah hari ke-3 aku tak masuk kerja..sebabnya anis demam..Selalunya kalau aina atau anis demam pasti aku ambil emergency leave.. Pasti kerja hakiki aku di office berlambak di atas meja..Ada berbaki 2 hari lagi..Next week dah nak start cuti raya.Mood raya dah datang.  Ada sikit lagi persiapan raya nak beli..Moga this saturday, orang tak ramai di shopping mall..Senang sikit nak shopping kasut si chenachenis ni. Nota kaki:bersiap-siap nak ke hospital pula..Sekarang ni macam-macam penyakit dan virus..Semoga anis cepat sembuh..

Masihkah ada esok?

Jangan Kita Ingat Kita Masih Ada Esok Kredit:Fb

Anis minta baju frozen

Assalamualaikum.. Perasan tak sana sini frozen ..Hebat betul penangan frozen..Patung frozen,baju frozen,beg frozen,Pencil case frozen dan macam-macam frozen lah.. Sampai sekarang aina dan anis tengok frozen..dah tengok kat cinema..di paksanya papanya beli DVD frozen..diulang-ulangnya tengok cerita frozen.. Hari ni anis demam..demam-demam pun..apa katanya..anis nampak baju frozen kat kedai, cantik mama..mama boleh belikan untuk anis..alya ada baju tu..Apa yang sepupunya ada, anis pun nak.. Tak sampai hati pula nak kata tak kan..belikan jugalah baju t-shirt frozen.Harga RM29.00..Gembiranya..hilang demam sekejap..Tapi ada lagi permintaan tu..nak sling beg frozen pula dan anak patung elsa dan anna.. Nasib baik anis tak minta gaun macam elsa.. T-shirt frozen pinjam picture mr.google Contoh sling beg yang anis nak.. Hari tu anis nampak di bazaar ramadhan .. Nasib baik kakak aina tak minta macam-macam..Yang aina dia jenis tak kisah..Pakai je baju yang dibeli.. Kala...

Just Me

Semalam sempat juga aku ke Alamanda selepas habis waktu kerja 4.30p.m. Disebabkan en.suami dah berjanji akan membelikan perfume , kena beli lah kan..Kalau tak berbunyilah aku macam budak kecik ..bila nak beli ni, kata janji nak beli.. Aku memang suka perfume ..wangi-wangian..sampaikan aku sembur juga perfume aku ke aina dan anis..Macam mana nak habis cepat..Anis memang ikut perangai aku..apa yang aku suka dia suka..lain sikit dengan aina.. kalau diikutkan macam-macam perfume yang aku beli sejak dari anak dara sampailah ada anak ni..Dulu aku pakai avon je.Lagipun kakak dealer avon..Suka yang butterfly..bau perfume ni memang sedap.Rasa cam nak terbang.. Bila dah kawen kita up sikit..Beli di kaunter Shopping Mall pula. Belilah di Parkson Alamanda. Sekarang ni dah jadi kawan pula dengan kakak Perfume.. Semalam nak beli yang perfume sama yang habis..Aku suka sangat bau ED Perfume 'Just Me Paris Hilton ..Baunya sweet dan manis..Konon nak bau Paris hilton lah aku ni.. Pin...

Majalah Aisyah dah sampai..

Alhamdulillah.. Majalah Aisyah First Edition yang ditunggu-tunggu dah pun sampai pagi ini..Sebuah majalah terbitan Ana Muslim Sdn Bhd yang berorientasikan nilai-nilai Islami,khusus untuk bacaan muslimah professional dan bekerjaya.. Terima kasih Blogger  anies . Semoga anies sentiasa dimurahkan rezeki,berjaya didunia dan diakhirat..

Memori main bunga api

Semalam bila tengok anak-anak main bunga api , aku terkenang zaman kanak-kanak yang happening bila time bulan puasa . Zaman kanak-kanak memang indah.Masih lagi terpahat di ingatan ku. Bila habis je berbuka puasa,kami 4 beradik masa tu 2 orang adik belum lahir lagi,keluar rumah main bunga api yang abah beli. Rasanya tiap-tiap malam kami main bunga api.Masa tu bunga api yang popular bunga api besi. Abah akan potong daun batang pisang ataupun batang pokok kantan dan bunga api akan dicucuk dipangkal batang.Tujuan nya kata abah nanti tangan panas. Kalau abah tak ada masa kami main bunga api, kami akan lempar bunga api ke atas pokok rambutan ataupun pokok manggis.Biar bunga api tersangkut di atas pokok dan pokok akan bercahaya. Yang paling best bila satu kampung, main bunga api bila malam 27 likur .Meriah sangat.Abah pasang pelita minyak tanah dan sangkut di batang kayu yang abah pacak keliling rumah . Masa tu akan dengar riuh rendah suara kanak-kanak main bunga api dan mercun....