Skip to main content

Posts

Anis minta baju frozen

Assalamualaikum.. Perasan tak sana sini frozen ..Hebat betul penangan frozen..Patung frozen,baju frozen,beg frozen,Pencil case frozen dan macam-macam frozen lah.. Sampai sekarang aina dan anis tengok frozen..dah tengok kat cinema..di paksanya papanya beli DVD frozen..diulang-ulangnya tengok cerita frozen.. Hari ni anis demam..demam-demam pun..apa katanya..anis nampak baju frozen kat kedai, cantik mama..mama boleh belikan untuk anis..alya ada baju tu..Apa yang sepupunya ada, anis pun nak.. Tak sampai hati pula nak kata tak kan..belikan jugalah baju t-shirt frozen.Harga RM29.00..Gembiranya..hilang demam sekejap..Tapi ada lagi permintaan tu..nak sling beg frozen pula dan anak patung elsa dan anna.. Nasib baik anis tak minta gaun macam elsa.. T-shirt frozen pinjam picture mr.google Contoh sling beg yang anis nak.. Hari tu anis nampak di bazaar ramadhan .. Nasib baik kakak aina tak minta macam-macam..Yang aina dia jenis tak kisah..Pakai je baju yang dibeli.. Kala...

Just Me

Semalam sempat juga aku ke Alamanda selepas habis waktu kerja 4.30p.m. Disebabkan en.suami dah berjanji akan membelikan perfume , kena beli lah kan..Kalau tak berbunyilah aku macam budak kecik ..bila nak beli ni, kata janji nak beli.. Aku memang suka perfume ..wangi-wangian..sampaikan aku sembur juga perfume aku ke aina dan anis..Macam mana nak habis cepat..Anis memang ikut perangai aku..apa yang aku suka dia suka..lain sikit dengan aina.. kalau diikutkan macam-macam perfume yang aku beli sejak dari anak dara sampailah ada anak ni..Dulu aku pakai avon je.Lagipun kakak dealer avon..Suka yang butterfly..bau perfume ni memang sedap.Rasa cam nak terbang.. Bila dah kawen kita up sikit..Beli di kaunter Shopping Mall pula. Belilah di Parkson Alamanda. Sekarang ni dah jadi kawan pula dengan kakak Perfume.. Semalam nak beli yang perfume sama yang habis..Aku suka sangat bau ED Perfume 'Just Me Paris Hilton ..Baunya sweet dan manis..Konon nak bau Paris hilton lah aku ni.. Pin...

Majalah Aisyah dah sampai..

Alhamdulillah.. Majalah Aisyah First Edition yang ditunggu-tunggu dah pun sampai pagi ini..Sebuah majalah terbitan Ana Muslim Sdn Bhd yang berorientasikan nilai-nilai Islami,khusus untuk bacaan muslimah professional dan bekerjaya.. Terima kasih Blogger  anies . Semoga anies sentiasa dimurahkan rezeki,berjaya didunia dan diakhirat..

Memori main bunga api

Semalam bila tengok anak-anak main bunga api , aku terkenang zaman kanak-kanak yang happening bila time bulan puasa . Zaman kanak-kanak memang indah.Masih lagi terpahat di ingatan ku. Bila habis je berbuka puasa,kami 4 beradik masa tu 2 orang adik belum lahir lagi,keluar rumah main bunga api yang abah beli. Rasanya tiap-tiap malam kami main bunga api.Masa tu bunga api yang popular bunga api besi. Abah akan potong daun batang pisang ataupun batang pokok kantan dan bunga api akan dicucuk dipangkal batang.Tujuan nya kata abah nanti tangan panas. Kalau abah tak ada masa kami main bunga api, kami akan lempar bunga api ke atas pokok rambutan ataupun pokok manggis.Biar bunga api tersangkut di atas pokok dan pokok akan bercahaya. Yang paling best bila satu kampung, main bunga api bila malam 27 likur .Meriah sangat.Abah pasang pelita minyak tanah dan sangkut di batang kayu yang abah pacak keliling rumah . Masa tu akan dengar riuh rendah suara kanak-kanak main bunga api dan mercun....

CPUV Nuffnang:Fashion Pitch/Writer Unleashed

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. Nuffnang bermurah hati  lagi memberi CPUV dan Kempen ini daripada  Mycreative . Mycreative Sdn Bhd telah melancarkan pertandingan untuk mencari bakat-bakat baru dalam pertandingan Writer Unleashed bagi dan Fashion Pitch. Writer Unleashed Pertandingan bagi pencarian Writer Unleashed diadakan untuk mencari manuskrip terbaik dan menggalakkan serta meraikan kreativiti penulis-penulis Malaysia  Pemenang akan memenangi Wang tunai sehingga RM12,500.00 serta manuskrip akan ditebitkan. Tema: Bebas  Novel: Minimum 35,000 patah perkataan Himpunan Cerpen: Minimum 10 cerpen Himpunan Puisi: Minimum 80 puisi  Koleksi Artikel (Bukan Fiksyen):Minimum 10 Artikel Tarikh Tutup : 5 Ogos 2014 Fashion Pitch Berpeluang mendapatkan pinjaman perniagaan sehingga RM2,000,000.00. Tarikh tutup: 27 Julai 2014 Jangan lupa Klik banner di atas... Terima kasih Nuffnang kerana sudi beriklan di sini dan memberi keperc...

Pray for Gaza

Iklan Raya TM 2014-Adik

Comel sungguh supergirl kecil ni.Banyak sangat alasan yang di berikan kepada ayahnya agar tak dimarahi.  BUKAN AYAH..TAK AYAH..RAYA NANTI ADIK MINTA MAAF LAH.. Jangan tunggu Hari Raya Aidifitri baru nak minta maaf.Tetapi kita digalakkan untuk menjadikannya sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Tangan dihulur tanda kemaafan, keampunan diberi nilai murni disemai..