Skip to main content

Posts

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57

"MALAYSIA, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia  2014 ke 57. Tema ini dipetik daripada lirik lagu "Warisan'' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tema ini dipilih untuk memyemarakkan rasa cinta dalam diri setiap rakyat Malaysia. Dengan rasa cinta ini akan mewujudkan masyarakat yang cintakan negara,sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan,kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Beringatlah

Jangan mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain..

Makan Burger Hitam-Loveats

Al-kisahnya di petang Jumaat yang lepas, Azlea dan family jalan-jalan cari kedai makan .Sebab dah bosan dengan area kedai makan di kawasan tempat tinggal kami, jadi my husband bagi cadangan makan steamboat.. Nak ke restoren steamboat adalah dalam 30 minit. Sampai je di sana, sorang customer pun tak ada. Jadi my husband tukar plan, apa kata kita ke Tanjung Malim, Perak depan tu je..Aina dan Anis dah bising membebel..ayat tak boleh tahan (alah..kita tak jadi makan kat sini ke?..kejap-kejap tukar..apalah papa ni).. Sampai di area Upsi, banyak lah deretan kedai makan..Terpandang satu restoren..menarik.. Restoren Loveats yang menghidangkan pelbagai jenis burger..Boleh cuba ni.. Dah sampai pun set burger.. untuk set kanak-kanak pun ada.. jangan risau kalau anak tak suka pedas.. Beef Burger the Black Pepper.. Cik..nak order apa? Walaupun terkejut dengan warna roti burger hitam , macam terbakar..tapi sedap, terasa dagingnya dan empuk.. Fries memang sedap ......

Movie How to Train Your Dragon 2

Cuti sekolah yang lepas 13,Jun sempatlah bawa aina dan anis menonton ' How to Train Your Dragon 2'. Movie yang dinantikan aina dan anis. Sebab dah berjanji, haruslah ditunaikan permintaan mereka berdua nak tengok wayang. Disebabkan movie ni baru sahaja ditayangkan, jadi tiket wayang mahal..lagipun aina dah kena beli tiket untuk dia.. Permulaan cerita pun dah kelakar...ada pertandingan naga menggunakan kambing biri sebagai bola di perkampungan Berk..Dalam pertandingan ini yang menang Astrid (girl friend Hiccup). Hiccup dan naganya Toothless tak masuk pertandingan sebab mencari kawasan baru.  Selepas pertandingan Astrid berjumpa dengan Hiccup menyatakan yang ayah Hiccup ( Stoick ) ingin Hiccup menjadi seorang ketua puak viking.. Entah macam mana mereka berdua telah ternampak sesuatu yang aneh di kawasan baru dan disitulah mereka berjumpa dengan Eret yang menangkap dan menjual naga kepada Drago. Siapa Drago? Drago ialah pemburu naga yang ingin menjadi orang ya...

CPUV Nuffnang:Tune Money-Big Travel Wish

Bagi yang suka travel jangan lepaskan peluang ini kerana..Air Asia menawarkan percutian secara percuma bersama family anda. Kempen kali ini dari  Tune Money-Big Travel Wish . Terima kasih  Nuffnang .. Nak apply klik  big travel wish .mana tahu dapat melancong bersama family, kawan-kawan di mana-mana destinasi pelancongan Air Asia...

Hidup ini singkat

Sikap Jepun yang patut dipuji

Walaupun pasukan Jepun kalah 1-2 kepada Ivory Coast pada hari sabtu,14 Jun beberapa penyokong Jepun kelihatan telah mengutip sampah di stadium selepas perlawanan Piala Dunia . Sikap positif yang ditunjukkan oleh mereka patut dicontohi dan dipuji oleh penyokong bola sepak di negara ini malah seluruh rakyat Malaysia. Memang tidak dinafikan rakyat Jepun memang mementingkan kebersihan dan mempunyai disiplin yang tinggi . Tabiat yang pentingkan kebersihan ni lah terbawa-bawa sehingga ke negara orang..