Skip to main content

Posts

Ramadhan semakin menghampiri kita

Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan.   Menerusi takwin Islam,tarikh awal Ramadhan atau bulan puasa jatuh pada Ahad 29 Jun 2014 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1435H. InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari Ahad.. Tak sabar rasanya..Tapi adakah kita sudah bersedia dan bergantikah puasa yang dah tinggal dan persiapan jiwa dan rohani?  Tahun ini harapan agar aina dapat berpuasa penuh..Itu pun aina dah tanya macam-macam ..kalau tak larat boleh tak kakak buka puasa katanya..hehehe..Zaman kanak-kanak adalah zaman yang indah terutama semasa belajar berpuasa. Rasanya nak balik ke zaman tersebut.. Bulan Ramadhan adalah bulan menambah pahala di mana pintu syurga terbuka luas dan pintu neraka tertutup rapat .Pada masa itu lawan manusia adalah nafsu. Oleh itu kita digalakkan bersedekah untuk menambah pahala,iman dan rezeki. Bersedekahlah dengan nama Allah S.W.T bukan semata untuk menunjuk-nunjuk. Ada orang k...

Filem Blended-Mesti gelak

Jom saksikan lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore dalam filem BLENDED.. Filem ini mengisahkan pasangan yang telah bercerai telah bersetuju tidak mahu bertemu lagi selepas sesi blind date mereka.. Tetapi dengan secara tidak sengaja mereka telah terserempak di Afrika dan telah terjebak berkongsi bilik suite di sebuah Resort Safari mewah di Afrika selama seminggu. Ini adalah gandingan kali ke tiga Adam Sandler dan  Drew Barrymore selepas  romantic comedies “50 First Dates” dan “The Wedding Singer. Kalau menonton offical trailer filem blended ni macam best.Tak sabar nak tunggu filem ini nanti.  Mesti kecoh dan banyak adegan lucu..

Sprout The Pensil-Selamatkan Bumi

Ajaib! Selama ini kita tidak pernah terfikir untuk menjadikan sebatang pensil sebagai tempat percambahan benih tumbuhan.Idea mencipta pensil  ini dari sebuah syarikat Democratech yang berjaya mencipta Sprout,Plant your Pencil dalam usaha untuk menyelamatkan rumah hijau. Pensil ini adalah pensil biasa yang digunakan untuk menulis dan menconteng.Bezanya ia lebih semula jadi berbanding pensil yang kita gunakan kesudahannya akan dibuang ke dalam tong sampah apabila sudah pendek dan tidak berguna lagi. Pelbagai Jenis Biji Benih Pensil ini didatangkan dalam pelbagai jenis biji benih dengan tumbuhan yang berbeza iaitu dari spesis herba, sayur dan bunga.Antaranya pokok daun selasih,pudina,ketumbar,rosemary,tomato ceri,lada hijau,parsley,sage,thyme dan marigold. Teknik menanam (Tanam, Siram dan Tumbuh) Cuma, cucuk pensel yang tidak diasah dan sudah pendek  ke dalam bekas yang berisi tanah kerana di situlah benih ditempatkan. Tanam Kemudian siram setiap h...

CPUV Nuffnang:Sanofi Lactacyd April 2014

CPUV Nuffnang:Sanofi Lactacyd April 2014 Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog  chenachenis  dan menabung di sini. Terima kasih kepada Nuffnang  sudi memberikan CPUV lagi dan lagi.. Kempen terbaru CPUV kali ini dari Lactacyd . Jangan lupa isi borang yang disediakan kalau  nak free sample Sanofi Lactacyd  ye..

Setkan minda positif

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Hari ini Setkan minda kita dengan perkara yang positif,bercakap yang positif,fikir positif,melihat positif.Jauhkan diri daripada melihat perkara yang negatif dan jangan biarkan diri kita dikuasai oleh sikap yang negatif tanpa disedari. Bila kita setkan minda dengan positif, insyaAllah walaupun perkara yang tidak baik berlaku hari ini, kita akan menghadapinya dengan sabar dan berlapang dada. Elakkan diri daripada rasa tidak puas hati, mencemuh orang dan elakkan marah.Marah itu emosi negatif.Jangan asyik nampak kesalahan dan keburukan orang lain.Tapi kesalahan sendiri tidak diperbetulkan. Kita yang setkan minda kita positif atau negatif.Jangan biarkan negatif bersarang di minda kita dengan cerita-cerita negatif dan tidak bermanfaat. Kita kena cepat-cepat tukar mode kepada positif. Oleh itu pancarkan sel-sel positif di sekeliling kita, pasti  jiwa kita akan rasa tenang..

Awasi Hatimu

Aina study nak exam..

Assalamualaikum.. Baru hari ini dapat menjenguk blog chenachenis. Terpaksa melupakan blog seketika. Lagipun anis demam begitu juga dengan diriku dan aina yang akan mengambil peperiksaan pertengahan tahun untuk sekolah pagi dan petang minggu ini.  Bertungkus lumus aina dan aku ulang kaji subjek yang dipelajari. Semak semula kertas soalan lepas dan berpesan kepada aina supaya membaca arahan soalan dulu sebelum menjawab dan semak semula jawapan. Khusyuk.. Biaselah jawapan yang diberi..Ok mama...jangan yakin sangat..bila terlalu yakin soalan yang senang pun boleh salah..Alhamdulillah peperiksaan awal tahun aina antara 5 orang pelajar terbaik di kelasnya 1 Brilliant.Semoga aina mengekalkan prestasinya dan mendapat keputusan yang cemerlang.. p/s: rindu nak berjalan-jalan dan singgah menyinggah