Skip to main content

Posts

Bila Hati Tersentap !!!

Apahal pulak nak tersentap-sentap ni.Sikit-sikit nak tersentap.  Kau ni macam bagus je..Kalau kau cakap lagi aku left..Begitulah ayatnya orang yang menyentap dan tersentap... SENTAP..Apa maksud sentap? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka Sentap ialah menarik dengan kuat. Bagi azlea sentap atau tersentap apabila kita rasa sakit hati, terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang. Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk.  Macam mana nak berhadapan dengan orang yang kuat sentap ni ye? Bagi azlea, tak perlu dipujuk-pujuk. Biarkan saja, jangan dilayan.Nanti kita pula yang sakit hati. Kalau emosinya stabil dan fikirannya tenang, dia akan kembali seperti biasa. Bagi yang kategori kuat sentap janganlah terlalu emosi, berfikiran negatif dan mengikut perasaan. Ada masanya kita bole...

Selawat Perdana Satu Fenomena..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Selawat Perdana yang diadakan di Putrajaya malam semalam berjalan dengan lancar. Walaupun kami sekeluarga tidak berkesempatan hadir memeriahkan Malam Cinta Allah dan Rasul, tapi dapat menyaksikan secara langsung di TV Alhijrah selama 2 jam. Terasa syahdu tatkala mendengar alunan ayat-ayat memuji Allah dan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW. Di tambah lagi dengan bacaan doa yang menyentuh hati dari Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf  agar dipertemukan kembali pesawat MH370 dan tazkirah dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Semoga majlis ilmu seperti ini diteruskan dan dikekalkan di bumi Malaysia tercinta..Kita tidak perlu lagi konsert yang melalaikan dan program Malam Cinta Allah dan Rasul mampu mendapat sambutan yang hebat. muslimin dan muslimat meraikan #selawatperdana Tahniah pada yang hadir dan Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya berjaya menjadikan perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan d...

Selawat Perdana

SELAWAT PERDANA MALAM  CINTA ALLAH & RASUL 1435H Dataran Masjid Putra Presint 1 Putrajaya Jumaat 21 Mac 2014 8 malam Malam Cinta Allah dan Rasul bertujuan melahirkan rasa cinta umat Islam kepada Allah dan mencontohi kepimpinan Rasulullah SAW Pertama kali dalam sejarah..  #selawatperdana  akan disiarkan SECARA LANGSUNG di 3 stesen TV.. TVAlhijrah & Astro Oasis & RTM1 ,  radio Ikim.Fm  serta live streaming di  www.selawatperdana.com Semoga kita semua diberkati Allah,di jauhkan dari bala malapetaka atau musibah dan memperbanyakkan selawat ke atas nabi junjungan.

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...

Tak penting siapa kita dahulu

Teruskan berhijrah mencari keredhaan Allah

Jamuan makan-makan dibuat awal..

Atas desakan kawan-kawan, hari sabtu yang lepas selepas maghrib, Azlea dan keluarga menjemput kawan-kawan datang ke rumah untuk jamuan makan-makan.  Jamuan makan ini memang tak dirancang dan buat semuanya buat last minute(jam 4.30 p.m baru nak rancang). Dalam kepala memang buat ala kadar je. Sempat pergi kedai beli bahan basah nak masak mee goreng dan goreng nugget sahaja.Itu je yang sempat..Suprise beli kek di Secret Recipe. Dah sampai rumah baru teringat tak beli pinggan kertas dan cawan kertas. Macam mana ni? Kebetulan pula air memang tiada pada hari itu. Hari ahad baru ada air. Guna je pinggan yang ada, kata En. Abang..Jadi, keluarlah semua pinggan dan gelas yang ada. Alhamdulillah menu mee goreng (6 peket mee) siap dimasak dan nugget goreng.Menu air pula, air sunquick dibancuh oleh en.abang..memang sedap. Aina dan anis tukang sibuk..tanya itu..inilah..tak puas hati sebab kenapa masak mee banyak sangat? Tiramisu kek   Ni je mee yang tinggal Kawan-k...

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..