Skip to main content

Posts

Sampah lagi..

Sedih sangat dengan segelintir rakyat Malaysia yang suka sangat buang sampah di tempat yang tidak sepatutnya di buang.Lagi dilarang, lagi dibuatnya. Contohnya: Di larang membuang sampah di sini.Tapi di tempatlah itulah mereka nak buang sampah. Yang ni lagi tak bertamadun, dilonggokkan sampah di jalan.Sakit mata melihatnya dan menjijikkan. Sesuka hati nak buang sampah. Kesian pekerja lori sampah sentiasa membersihkan kawasan ini. Pada hal minggu lepas baru dibersihkan, masih lagi di buang di situ... Itulah segelintir sikap rakyat Malaysia, walaupun terkenal dengan sopan santun dan berbudi bahasa tapi masih mempunyai tabiat buruk suka buang sampah merata tempat. Contoh lain, budaya membuang sampah dari luar tingkap kenderaan.Sikap ini boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya ataupun pemandu kenderaan yang lain. Apa salahnya sampah atau bekas makanan kita simpan dalam plastik dahulu, baru buang kalau sudah sampai di destinasi yang di tuju.Bukannya susah pun. Ada juga yan...

Ronda-ronda

Aktiviti di petang hari   Aina dan Anis berbasikal bersama papa..

Dah buka akaun...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu.. Apa yang menarik tentang SSPN ni? SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep ' Wakalah Bil Istithmar'. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpana...

Mulakan dengan Dirimu

Renungan untuk diriku dan semua, marilah kita berubah untuk kebaikan diri sendiri.Mulakanlah dengan perubahan yang positif  dan lakukan dengan sepenuh hati demi Allah dan untuk diri kita sendiri.. Pepatah arab ada mengatakan,berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.Inilah kunci orang yang berjaya.. ~Azlea~

Tahun Baru Datang Lagi

Tahun baru datang lagi.Setiap kali menjelang tahun baru, mesti soalan wajib yang akan di tanya kepada kita "Apa Azam Tahun Baru? ". Betul tak?Trend pasang azam setiap kali masuk tahun baru, adalah satu trend yang positif.Azam itu perlu ada setiap hari, jadi kita kena tanamkan azam kita dan bersemangat dalam melaksanakannya. Azam adalah kayu pengukur untuk menguji kemampuan kita samada kita mampu atau tidak melaksanakan impian kita. Ada juga yang berazam, tapi disudahi dengan kegagalan. Di mana silapnya? Walaupun perancangan rapi telah dilakukan.Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Sebagai seorang insan, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan dalam apa jua perkara yang baik. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dalam memperbaiki diri dan amalan kita dalam kehidupan. Bagi diriku, azamku setiap hari ingin menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan,bersemangat, berfikiran pos...

Wordless Wednesday #2

 Nak pergi kerja senang..

Fakta Menarik Tentang Negara Jepun

Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan "Jalan kearah Akhlak" di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. Tidak ada kegagalan pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation). Walaupun Jepun salah satu negara terkaya di dunia, Mereka tidak mempunyai orang gaji,ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka.Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali selepas makan bagi megekalkan kesihatan pada usia muda. Pengetua Sekolah akan mema...