Skip to main content

LUKISAN RUMAH TOK CHAI

Inilah aktiviti kami tiga beranak di rumah semalam.Lukisan apa ni Anis?Inilah rumah Tok Chai. Rumah buruk Tok Chai. Aku..pula..Tok Chai. Siapa Tok Chai?? Suka hati je Anis ni gelar rumah ni rumah Tok Chai.

Alah mama.Movie yang kita tengok di Cinema Hantu Raya Tok Chai tu, kata Aina pula. Dia takut tengok cerita tu, kata Aina. Tu pasal lah dia lukis rumah tu. Ooh ye ke kakak. Tapi kenapa warnanya colorful ye Anis. Jawapan Anis sebab rumah tu buruk lah mama.Ada-ada lah Anis ni.


Lukisan Anis..Rumah Buruk

Penat mewarna. Masa untuk lunch. Semalam dengan berbesar hati masaklah ketam masam manis. Beli 5 ekor ketam.

Sebenarnya nak masak kari ketam.Disebabkan terlupa nak beli kelapa parut. Jadi masaklah ketam masam manis. Kami sekeluarga  memang gemar makan ketam. Sebulan sekali AB akan beli ketam.
Kalau nak pilih ketam pilihlah yang betina. Sebabnya ketam betina isinya padat dan tersimpan telur.
Puas hati makan.


Nenas pula memang tak beli, kita ganti dengan timun. Sedap juga. Puas lah makan untuk kami berempat.  Kalau di restoren berapalah diorang charge ye. Emmm..

Sekian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...