Skip to main content

Resepi Nugget Ayam yang mudah

Gigih betul malam semalam AB membuat nugget ayam untuk bekalan sekolah aina dan anis hari ini. Nugget ayam kesukaan mereka. Puas hati  dan seronok dapat buat sendiri.Aina dan Anis pun teruja pagi tadi AB buatkan nugget ayam khas untuk mereka berdua.

Inilah rupanya nugget ayam yang memang mudah dan ringkas. 

Nugget Ayam
Bahan-Bahan:

  • isi ayam (400gm)
  • 4 sudu besar mayonis
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Serbuk roti
  • Sebiji telur
Cara-caranya:
  • Blend atau kisar isi ayam sampai hancur.
  • Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti.
  • Gaul sampai sebati.
  • bentukkan mengikut citarasa masing-masing.
  • Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti.
  • Panaskan minyak dan goreng.
Nugget Ayam
Inilah hasilnya selepas di goreng. 

Comments

  1. Terbaik resepinya. Buat sendiri ni lagi bagus. Takda la rasa was-was dengan kandungan makanan yang kita makan tu :-)

    ReplyDelete
  2. skrg pun kalau nak makan byk sally buat sebab kalau beli tak cukup...hahahaha

    ReplyDelete
  3. Waaa.. lagi puas kan buat nugget sendiri.. Kebersihan dan halal tu terjaga..

    Saya mohon untuk copy resepi ni di blog saya yer.. :)

    ReplyDelete
  4. Saya share di sini..

    http://syikinmaarop.blogspot.com/2015/02/resepi-nugget-ayam-homemade.html

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. bagusnya homeda..takdela was was nak makan pon :)

    ReplyDelete
  6. menarik..bersih, sedap dan conform halal!

    ReplyDelete
  7. tentu lagi sedap dr yg kt kedai tu kan?? ;-)

    ReplyDelete
  8. waaaa sedapp lepas tu lebih menyihatkan daripada yg kita beli kt luar tu..

    ReplyDelete
  9. Wahh buat sendiri eh.. bagus sgt2 ni.. lebih terjamin kandungan & ramuannya kan.. best.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet