Gigih betul malam semalam AB membuat nugget ayam untuk bekalan sekolah aina dan anis hari ini. Nugget ayam kesukaan mereka. Puas hati dan seronok dapat buat sendiri.Aina dan Anis pun teruja pagi tadi AB buatkan nugget ayam khas untuk mereka berdua.
Inilah rupanya nugget ayam yang memang mudah dan ringkas.
Bahan-Bahan:
- isi ayam (400gm)
- 4 sudu besar mayonis
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar tepung gandum
- Serbuk roti
- Sebiji telur
Cara-caranya:
- Blend atau kisar isi ayam sampai hancur.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti.
- Gaul sampai sebati.
- bentukkan mengikut citarasa masing-masing.
- Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti.
- Panaskan minyak dan goreng.
Inilah hasilnya selepas di goreng.
Terbaik resepinya. Buat sendiri ni lagi bagus. Takda la rasa was-was dengan kandungan makanan yang kita makan tu :-)
ReplyDeleteSetuju..kebersihan pun terjamin.
Deleteskrg pun kalau nak makan byk sally buat sebab kalau beli tak cukup...hahahaha
ReplyDeleteWaaa.. lagi puas kan buat nugget sendiri.. Kebersihan dan halal tu terjaga..
ReplyDeleteSaya mohon untuk copy resepi ni di blog saya yer.. :)
Silakan syikin.
DeleteSaya share di sini..
ReplyDeletehttp://syikinmaarop.blogspot.com/2015/02/resepi-nugget-ayam-homemade.html
Terima kasih :)
bagusnya homeda..takdela was was nak makan pon :)
ReplyDeletemenarik..bersih, sedap dan conform halal!
ReplyDeletetentu lagi sedap dr yg kt kedai tu kan?? ;-)
ReplyDeletewaaaa sedapp lepas tu lebih menyihatkan daripada yg kita beli kt luar tu..
ReplyDeleteWahh buat sendiri eh.. bagus sgt2 ni.. lebih terjamin kandungan & ramuannya kan.. best.. :)
ReplyDelete