Skip to main content

Bercuti dan balik kampung Terengganu

Assalamualaikum semua..


Syukur alhamdulillah, cuti persekolahan akhir tahun 2014 telah pun bermula. Kalau uolls perasan blog ini seminggu lebih tidak berupdate. Ini bermakna bila tuan blog bercuti, blog ini pun bercuti. Nak menikmati cuti sebaik yang mungkin.

Seperti biasa, bila cuti sekolah bermula,  ada yang akan membawa anak-anak bercuti. Paling tidak pun pulang ke kampung.Kami sekeluarga telah pulang ke Terengganu. Aina dan Anis memang excited sangat nak balik kampung Terengganu. Jumpa sepupunya sebelah papanya dan tok serta toki nya. 

Yang paling best bila balik Terengganu, dapat makan macam-macam. Dari nasi hinggalah bermacam-macam jenis kuih yang sememangnya tiada di Selangor. Keropok lekor Terengganu memang sedap. Terasa ikannya. Sempatlah juga menikmati ikan celup tepung Teluk Ketapang. Murah dan sedap. 


Terengganu

Yang ini memang kena naik.Apalagi berkudalah. Kalau boleh budak berdua ni nak berkuda tiap-tiap hari.Nasib baiklah rumah mertua ke bandar Terengganu ni dekat. So tak ada masalah kalau tiap-tiap hari ke Pantai Batu Buruk dan Teluk ketapang.


Terengganu


Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan untuk hari ini yang bagi kami dah dikira percutian juga. Bercuti dan balik kampung.. Yeaaa..







Comments

  1. seronoknya bercuti yang semacam ini...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya lepak tepi pantai. Selamat bercuti kak :)
    Saya duk umah je. Hehe

    ReplyDelete
  3. uwaa..nangis tengok kopok lekor terengganu...telan air liur jela -___-

    NadiaMansor menulis tentang.. : Tips Cepat Timbang Cahaya Mata

    ReplyDelete
  4. Wahh menarik.. lama tak jenjalan ke terengganu... Seronok... :)

    ReplyDelete
  5. seronoknya bercuti..last saya ke sana masa lepas kawin tahun 2010.. masa tu ada kerja kat sana..harusl a jalan2 kat pantai buruk tu.. seronoknya.... laa tak jenjalan sana.. hari ni lepak2 umah je...

    ReplyDelete
  6. Ikan goreng celup tepung? Memang betul-betul rare ni. Hehe

    ReplyDelete
  7. terengganu dan pantai berpisah tiada.. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet