Assalamualaikum semua..
Syukur alhamdulillah, cuti persekolahan akhir tahun 2014 telah pun bermula. Kalau uolls perasan blog ini seminggu lebih tidak berupdate. Ini bermakna bila tuan blog bercuti, blog ini pun bercuti. Nak menikmati cuti sebaik yang mungkin.
Seperti biasa, bila cuti sekolah bermula, ada yang akan membawa anak-anak bercuti. Paling tidak pun pulang ke kampung.Kami sekeluarga telah pulang ke Terengganu. Aina dan Anis memang excited sangat nak balik kampung Terengganu. Jumpa sepupunya sebelah papanya dan tok serta toki nya.
Yang paling best bila balik Terengganu, dapat makan macam-macam. Dari nasi hinggalah bermacam-macam jenis kuih yang sememangnya tiada di Selangor. Keropok lekor Terengganu memang sedap. Terasa ikannya. Sempatlah juga menikmati ikan celup tepung Teluk Ketapang. Murah dan sedap.
Yang ini memang kena naik.Apalagi berkudalah. Kalau boleh budak berdua ni nak berkuda tiap-tiap hari.Nasib baiklah rumah mertua ke bandar Terengganu ni dekat. So tak ada masalah kalau tiap-tiap hari ke Pantai Batu Buruk dan Teluk ketapang.
Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan untuk hari ini yang bagi kami dah dikira percutian juga. Bercuti dan balik kampung.. Yeaaa..
seronoknya bercuti yang semacam ini...
ReplyDeleteSeronoknya lepak tepi pantai. Selamat bercuti kak :)
ReplyDeleteSaya duk umah je. Hehe
Oooo dan sggh "ICT" ya :-)
ReplyDeleteuwaa..nangis tengok kopok lekor terengganu...telan air liur jela -___-
ReplyDeleteNadiaMansor menulis tentang.. : Tips Cepat Timbang Cahaya Mata
Wahh menarik.. lama tak jenjalan ke terengganu... Seronok... :)
ReplyDeleteseronoknya bercuti..last saya ke sana masa lepas kawin tahun 2010.. masa tu ada kerja kat sana..harusl a jalan2 kat pantai buruk tu.. seronoknya.... laa tak jenjalan sana.. hari ni lepak2 umah je...
ReplyDeleteIkan goreng celup tepung? Memang betul-betul rare ni. Hehe
ReplyDeleteterengganu dan pantai berpisah tiada.. hehehe
ReplyDelete