Skip to main content

Pengalaman beli rumah dari developer

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Membeli rumah merupakan satu komitmen yang besar kerana kita haruslah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah.Apabila kita membeli rumah bayaran balik setiap bulan akan menjadi keutamaan manakala perbelanjaan lain mestilah dikurangkan.

Pastikan kita mampu untuk memperuntukkan satu pertiga daripada wang kita untuk membuat bayaran balik secara bulanan pinjaman yang dibuat.


Pengalaman membeli rumah memang meletihkan apatah menunggu rumah baru siap sepenuhnya. Ini pengalaman aku membeli rumah baru dari pemaju 2 tahun lepas akan saya kongsikan disini.

Aspek penting
Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan. 

Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah.

Memandangkan aku memang dilahirkan di Hulu Selangor dan sekarang ni banyak projek perumahan rumah di sana sudah tentulah aku tidak melepaskan peluang membeli rumah di kampung halaman ku. Lagipun berdekatan dengan stesen komuter,Genting Highland,Bukit Fraser. Akses jalan yang strategik ke Kuala Lumpur, Ipoh arah Utara dan ke Pantai Timur. 

Status tanah haruslah disemak samada Free Hold ataupun Liase Hold.Kalau Free Hold milik kita selamanya. Berlainan Liase Hold (Pajakan 99 tahun) .Begitu juga status tanah samada tanah itu tanah kebun, lombong ataupun bukit.


Selidik juga latar belakang pemaju.Ini amat penting ya. Kita boleh semak di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan samada permit sah atau tidak. Kita boleh semak juga projek-projek pemaju yang lepas.


Sumber kewangan kita harus ada sekurang-kurangnya 10%-20% bayaran deposit bagi membeli rumah. Itu bagi pembelian rumah melalui pinjaman bank. Kita boleh membuat pengeluaran wang KWSP di dalam akaun 2.Pengeluaran wang KWSP ini boleh dibuat selepas kita menandatangani Sale and Purchase Agreement (S&P).


Mereka yang berkerja kerajaan boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan.Memang beruntung kerana tak perlu pening kepala. (macam adik aku)

Dokumen yang diperlukan


Baiklah..dah puas hati aspek pembelian rumah. Kita haruslah sediakan dokumen penting yang diperlukan untuk membeli rumah dan booking fees menandakan kita memang berminat sangat nak beli rumah. Booking Fees bergantung kepada pemaju.Ada yang dikenakan bayaran sehingga RM2,000.00. 

Dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan kad pengenalan 
  2. Salinan slip gaji untuk 3 bulan
  3. Penyata bank (gaji yang dimasukkan untuk 3 bulan)
  4. Borang EA
  5. Surat Pengesahan Majikan
  6. Resit bayaran booking/booking Fees
Disebabkan aku membeli rumah semasa pelancaran, tak menjadi masalah kerana bank officer dan peguam yang dilantik oleh pemaju telah pun berada semasa pelancaran perumahan. Boleh pilih mana-mana bank yang kita sukalah. 

Pegawai Bank akan membuat pengiraan dan komitmen bulanan termasuk MRTA, insurans,legal fees ,BLR dan lain-lain.Kita boleh pilih samada nak masuk dalam pinjaman atau tidak.Terpulang.Disebabkan aku bekerja swasta so kami perlu membayar deposit 10% kepada pemaju dan bakinya membuat pinjaman melalui Public Islamic Bank. Yuran dan kos guaman kami bayar asing.

Sekiranya kita memang banyak hutang seperti kad kredit dan lain-lain proses layak akan mengambil masa yang lama.Kalau tak, proses akan menjadi cepat.Tak sampai seminggu pun.Alhamdulillah..

Kemudian Officer Bank akan mengeluarkan surat tawaran kepada kita samada kita setuju atau tidak tawaran bank. Kita boleh buat perbandingan bank-bank lain. Itu bergantung kepada kita.Kita akan diberi masa selama sebulan. Dah bersetuju terima tawaran bank bolehlah beritahu Pemaju dan dapatkan S&P. Lawyer pemaju akan bagi salinan S&P yang telah kita tandatangani dan stamp duty oleh pihak lawyer. 

Untuk pengeluaran KWSP pula, kita harus kemukan salinan S&P.Isi borang dan tunggulah pemberitahuan dari KWSP.

Bank Lawyer dan Developer Lawyer



Bank Lawyer (urusan peminjaman perumahan)
Developer Lawyer (urusan jual beli rumah)

Dah selesai tandatangan surat tawaran, kita akan berurusan dengan lawyer bank pula untuk tandatangan perjanjian pinjaman perumahan. Lawyer akan terangkan kos-kos guaman dan yuran guaman yang telah ditetapkan. Masa ni kita pandai-pandailah mintak pengurangan.Yelah bayar pun bukan sedikit antara RM3,000 ke atas.Bayar cash tu..Simpan salinan perjanjian.

Oh ye..sebelum tu kita kena pastikan berapa bayaran yang perlu dibayar kepada peguam pemaju ya.Sebabnya rezeki orang ni lain-lain ada yang dapat diskaun, ada yang dapat free SPA legal fee dan discount untuk BUMIKalau beli rumah dengan pemaju ni, harga rumah setiap pembeli lain-lain tau. Rumah macam goreng pisang, harga akan naik dengan mendadak.


Dah selesai segalanya bayaran deposit, kos guaman bank dan developer, tunggulah surat daripada pemaju dan bank untuk pembayaran. If bank dah start buat payment kepada pemaju nanti kita akan terima surat dari bank berapa bayaran kita akan dikenakan. Sampailah rumah dah siap sepenuhnya beserta bil yang perlu dibayar untuk kemasukan air dan elektrik oleh pemaju.

Pembayaran bulanan ini juga bergantung kepada perjanjian dan interest bank. Oleh itu kena tanya habis-habis dengan officer bank bila start bayar tau. Supaya kita lebih bersedia.

Entri ini sekadar berkongsi.Mungkin ada maklumat yang tak masukkan dalam entri ini.Bolehlah komen di ruangan komen. Setakat ini dah pun bayar bil untuk cagaran elektrik.Moga Allah permudahkan lagi urusan kami sekeluarga dan dapat mendiami rumah pada tahun hadapan. Pesanan cepat-cepatlah beli rumah. Tahun hadapan confirmm harga rumah naik lagi.

Comments

  1. waaa..belum berpeluang beli rumah lg
    nnti boleh la buat rjukan sni :)
    nice sharing

    ReplyDelete
  2. Complicated betul urusan pembelian rumah ni. Dah la harganya melambung-lambung naik sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Apabila KEPERLUAN RAKYAT...iaitu RUMAH dan KERETA...dijadikan ALAT untuk MENINDAS RAKYAT...

    ReplyDelete
  4. Apabila KEPERLUAN RAKYAT...iaitu RUMAH dan KERETA...dijadikan ALAT untuk MENINDAS RAKYAT...

    ReplyDelete
  5. Bagus perkongsian ni. Amat membantu kpd yg memerlukan. Urusan pembelian rumah ni mmg kena perlu kita tahu sblum membeli bagi mengelakkan perkara2 yg boleh menimbulkan ralat & rugi. T kasih atas perkongsian AB.. :)

    ReplyDelete
  6. sy x pasti betul ke tak...kalu kita x de komitmen lain (mcm kereta), bank mudah utk meluluskan pinjaman...betul ke?

    ReplyDelete
  7. saya lama lagi nak melangkah ke fasa ni. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet