Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Khamis (13.11.2014) kami sekeluarga berkesempatan menonton Big Hero 6. Aina dan anis memang menantikan movie ini. Memang best movie ini. Ada genre sains dan teknologi serta elemen gembira, sedih dan kekeluargaan. Sebuah filem yang sangat menarik dan pemandangan yang berlatarkan bandar San Fransokyo memang menakjubkan.
Movie ini mengisahkan remaja pintar bernama Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram telah mencipta mikrobot apabila abangnya Tadashi berjaya memujuk Hiro untuk memasuki sekolah yang bagi Hiro sekolah bosan.Ciptaan mikrobot telah menarik minat Professor Callaghan dan Krier dan Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut.
Sumber:Google
Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalkan ciptaan robotnya yang bernama 'Baymax'.
Sumber:Google
Hiro berasa hairan microbot ciptaan cuba untuk menunjukkan sesuatu yang pelik dan dia bersama Baymax telah pergi ke suatu tempat. Ditempat itulah Hiro telah menemukan ada orang lain yang telah mengklon microbot ciptaannya. Barulah Hiro sedar kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi pembunuhan.
Bersama-sama rakan abangnya Fred, Wasabi, Honey dan Go Go Tomago, Hiro telah menubuhkan kumpulan Wira berteknologi iaitu Big Hero 6. Hiro telah mencipta baju dan alatan khas termasuk Baymax yang mampu untuk terbang untuk mencari pembunuh tersebut.
sumber: google
Banyak sangat aksi kejar mengejar yang buat kita terpegun dan babak komedi yang menggelikan hati terutama watak Baymax. Ada juga babak sedih yang memang touching bila baymax ingin menyelamatkan Hiro yang buat kita rasa..sedihnya.
Nak tahu ending cerita uolls mesti tonton movie ini. Memang menghiburkan. Yang paling comel Baymax dengan perut buncit macam mechelin..Baymax ni robot jururawat ciptaan abangnya yang boleh merawat pesakit. Rasa nak satulah kat rumah (hahaha)
Oh ye pengarah movie ni sama dengan Frozen dan Wreck-it-Raph. So rasa tak rugi tonton.Cuti sekolah bolehlah tonton nanti.Best...
Singgah pagi isnin disini..Have a good day day AB..
ReplyDeleteSelamat pagi RDZ.
Deleteopismet yg g tgk smlm pun kata best cerita ni
ReplyDeleteFilem-filem Disney dari dulu sampai sekarang memang filem untuk seisi keluarga. Takda adegan tak senonoh macam sesetengah filem. Nak bawak anak-anak tengok pun kita tak risau sangat.
ReplyDeleteSeronoknya... mmg sesuai utk anak2 & seisi keluarga.. :)
ReplyDeleteteringin nak tengok. kartun tu hensem :)
ReplyDelete