Skip to main content

Big Hero 6 memang best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khamis (13.11.2014) kami sekeluarga berkesempatan menonton Big Hero 6. Aina dan anis memang menantikan movie ini. Memang best movie ini. Ada genre sains dan teknologi serta elemen gembira, sedih dan kekeluargaan. Sebuah filem yang sangat menarik dan pemandangan yang berlatarkan bandar San Fransokyo memang menakjubkan. 
Big Hero 6
Movie ini mengisahkan remaja pintar bernama Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram telah mencipta mikrobot apabila abangnya Tadashi berjaya memujuk Hiro untuk memasuki sekolah yang bagi Hiro sekolah bosan.Ciptaan mikrobot telah menarik minat Professor Callaghan dan Krier dan Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut.
Big Hero 6
Sumber:Google

Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalkan ciptaan robotnya yang bernama 'Baymax'. 
Big Hero 6
Sumber:Google

Hiro berasa hairan microbot ciptaan cuba untuk menunjukkan sesuatu yang pelik dan dia bersama Baymax telah pergi ke suatu tempat. Ditempat itulah Hiro telah menemukan ada orang lain yang telah mengklon microbot ciptaannya. Barulah Hiro sedar kematian abangnya bukan satu kemalangan tetapi pembunuhan.

Bersama-sama rakan abangnya Fred, Wasabi, Honey dan Go Go Tomago, Hiro telah menubuhkan kumpulan Wira berteknologi iaitu Big Hero 6. Hiro telah mencipta baju dan alatan khas termasuk Baymax yang mampu untuk terbang untuk mencari pembunuh tersebut. 
Big Hero 6
sumber: google

Banyak sangat aksi kejar mengejar yang buat kita terpegun dan babak komedi yang menggelikan hati terutama watak Baymax. Ada juga babak sedih yang memang touching bila baymax ingin menyelamatkan Hiro yang buat kita rasa..sedihnya. 

Nak tahu ending cerita uolls mesti tonton movie ini. Memang menghiburkan. Yang paling comel Baymax dengan perut buncit macam mechelin..Baymax ni robot jururawat ciptaan abangnya yang boleh merawat pesakit. Rasa nak satulah kat rumah (hahaha)

Oh ye pengarah movie ni sama dengan Frozen dan Wreck-it-Raph. So rasa tak rugi tonton.Cuti sekolah bolehlah tonton nanti.Best...






Comments

  1. Singgah pagi isnin disini..Have a good day day AB..

    ReplyDelete
  2. opismet yg g tgk smlm pun kata best cerita ni

    ReplyDelete
  3. Filem-filem Disney dari dulu sampai sekarang memang filem untuk seisi keluarga. Takda adegan tak senonoh macam sesetengah filem. Nak bawak anak-anak tengok pun kita tak risau sangat.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya... mmg sesuai utk anak2 & seisi keluarga.. :)

    ReplyDelete
  5. teringin nak tengok. kartun tu hensem :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet