Skip to main content

Sedapnya Lamb Chop

Assalamualaikum..

Ini adalah rentetan daripada entry kambing oh kambing. Teringin pula nak buat lamb chop buatan sendiri. 

Semalam selepas balik kerja aku ajak papa aina anis ke Aeon One Utama mencari bahan basah nak buat lamb chop..

Mula-mula nak cari yang daging kambing yang belum diperap. Tapi dah tergoda dengan daging yang sudah diperap, apalagi bermulalah operasi memilih daging..Syoknya memilih sampai tak sedar lebih dari 1 Kg.

Lamb Chop
Sampai di rumah aina dan anis dah bertanya
Mama nak masak apa malam ni?
Daging kambinglah kataku
Bersoraklah mereka berdua
Memasak tak ambil masa yang lama pun.Tak sampai 1 jam.Lagipun sos pun bukan buat sendiri.Beli je..Mudah dan ringkas.

Inilah hasilnya..Janji puas hati dan diorang gembira.Anis requested nak lagi malam ni..Sedap katanya..

Lamb Chop
Dinner malam semalam
-Tamat-

Comments

  1. Mak aihhh..terliur sgt! Wuuuu~sedapnye kambing. Ary tu gi aeon nampak de jual kambing diperap, tengok je. Nak buat, kat rumah takde kuali pan magic tuh. T_T

    ReplyDelete
  2. ambooii..makan masakan orang barat la semalam yer... mesti sedap tu

    ReplyDelete
  3. Fuhh sedap ni.. menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  4. saya pernah try buat steak tapi tak menjadi ...

    ReplyDelete
  5. perghhh melting tgk.. senang jer nak buat.. rajin dengan tak jer kan..=D

    ReplyDelete
  6. daging korban banyak lagi ni, teringin plak nak buat steak pas baca ni

    ReplyDelete
  7. Makan tak ajak. Hehe. Anak buah saya pon obses dengan daging kambing ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet