Skip to main content

Kambing oh kambing...

Dulu aku tak makan daging kambing. Bila dengar je pasal daging kambing..pantas aku jawab..eiii tak nak lah..nanti panas badan,tak sedap, ada bau kataku..Ye ke?Padahal aku tak pernah pun makan daging kambing..

Bila dah makan sekali sebab papa budak berdua ni memang penggemar daging kambing, belikan daging kambing yang dah diperap dan untuk dimasak, Wow!! sedaplah.Tu lah siapa kata daging kambing tak sedap..bohonglah..Ruginya..Jual mahal lagi kan.

Sekarang ni dengan aku sekali, aina dan anis suka sangat daging kambing.Kalau nak makan lamb chop tak boleh share lagi dengan budak berdua.Mesti order kan untuk aina dan anis..Ataupun beli daging kambing yang dah siap diperap, goreng ataupun panggang..

Makan daging kambing

Banyak khasiat daging kambing sebenarnya. Lupakan je lah tanggapan negatif yang mengatakan daging kambing penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi..No no no.. Kalau nak tahu daging kambing merupakan salah satu makanan sunah kegemaran Rasulullah S.A.W.. dan daging kambing merupakan diet terbaik.

1. Rendah Kolestrol dan rendah lemak
Daging kambing mengandungi paras kolestrol yang jauh lebih rendah dibandingkan daging lain.Kolestrol yang tinggi sebenarnya boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok.Tapi daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah selain mencegah serangan penyakit jantung,darah tinggi dan sebagainya. Rupanya kita dah tertipu dengan fakta-fakta yang tak benar selama ini kan...

2. Mencantikkan kulit
Selain membakar lemak, daging kambing juga terdapat Vitamin C semula jadi yang tidak ter'oksida'.So ia amat penting untuk ketahanan sel kulit.Vitamin C yang tidak ter'oksida' dapat mengurangkan bebanan fungsi pada hempedu dan mencantikkan kulit,memberi ketahanan yang lebih kepada kulit apabila terkena cahaya matahari dan memperolehi kulit yang putih dan cantik.

3. Pencegah Obesiti dan Darah Tinggi
Obesiti sebenarnya terjadi apabila terbentuknya lemak di bawah permukaan kulit akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Jika terdapat dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan kegemukan.Daging kambing dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan.

Jangan takut makan daging kambing dan abaikan baunya yang hamis. Kita sememangnya disarankan makan daging kambing. 



Comments

  1. Yang keluarkan fakta daging kambing berkolesterol, menggemukkan tu semua yahudi. Dia sengaja halang agar umat Islam tak makan kambing kesukaan nabi Muhammad. Seriously ana dari dulu lagi hantu kambing. Hahah. Suka sgt dengan menu lamb chop. Lain kedai lain rasanye. Ade kedai tak sedap, ade kedai lamb chop dia mabeless. Hehe

    ReplyDelete
  2. Saya mmg peminat kambing.. apa jenis masakan pun boleh.. layan. :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kambing golek...pergh ! hehe

    ReplyDelete
  4. Benar...daging kambing byk kelebihan dan khasiatnya. Susunya juga tinggi khasiatnya!

    ReplyDelete
  5. kalu kena cr msk nyer, daging kambing mmg sedap...

    ReplyDelete
  6. percaya tak selama 30tahun umur nie baru tahun nie farah makan daging kambing.. dulu tak boleh makan sebab alergik..tapi bulan puasa baru nie la rasa teringin sangat nak makan.. so tak peduli dah pasal alergik farah try makan.. memang sedap!!!!! dan dah tak alergik dah pun sebenarnya..hehehe.. =D

    ReplyDelete
  7. Satu family suka ye kak. Senang le nak masak sekaligus. Hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet