Amboi-amboi ke main anis menggayakan shawl barunya.Sukalah dia bila papanya belikan tudung shawl untuknya.Aina mula-mula tak nak, pas tu beria-ia nak tudung purple. Bergaya sakanlah anis dan aina nanti ye..
Sekarang ini pun kanak-kanak pun boleh bergaya macam orang dewasa.Jangan tak tahu kan.Mak bergaya, anak pun sama bergaya.
Bercerita pasal fesyen tudung d Malaysia, sekarang ini fesyen tudung sudah mengalami revolusi dan ianya lebih komersial. Macam-macam stail tudung sekarang dan banyak kedai tudung online tumbuh bak cendawan. Harganya pula tentulah berbeza mengikut kualiti dan jenis kain yang digunakan.
Jangan susah hati tutorial cara nak menggayakan tudung pun banyak di internet.Tapi bagi aku keselesaan dan mudah dipakai amat penting selain mengikut trend masa kini.
Kalau kita perhatikan, fesyen tudung di Malaysia sekarang mengikut musim. Aku ingat lagi ada satu masanya Tudung Bawal mendapat tempat di hati, kemudian apabila Tudung Sarung dan berawning diperkenalkan, makin lama Tudung Bawal dilupakan buat sementara.
Waktu itu peniaga tudung berlumba-lumba mengeluarkan tudung sarung.Ada saja sale dan jualan murah untuk menambat hati pembeli.
Kemudian sedikit demi sedikit Tudung Shawl,Selendang,Hana Tajima, Gaya Turban, syria,tudung bertingkat mendapat tempat di pasaran dan setiap fesyen tudung ini ada peminatnya tersendiri.
Pasti korang semua setuju, tudung bawal tetap menjadi pilihan dan popular antara semua jenis tudung walaupun trend berhijab kini berkembang dengan rekaan yang menarik. Di tambah dengan pelbagai jenis inner dan aksesori menambahkan lagi keanggunan dan gaya penampilan si pemakainya.
Baiklah, kalau cerita pasal tudung ni memang banyak tapi pilihan aku buat masa ini tetap tudung bawal,selendang dan shawl.Sebab suka pakai belit-belit.dan...yang penting menutup aurat selesa dan menutup dada.
Sekarang ini aku suka tengok fesyen tudung gaya shawl Hijabista.Menarik dan stailo.
kredit : hijabista
Fesyen hijab ni mmg baik utk menggalakkan msykt Islam skrng utk berhijab.. mcm2 pilihan ada, cuma nak atau taknak je. Yg penting, asalkan mengikut tata cara yg betul kan...
ReplyDeleteaina mana kak? comel la anis pakai shawl :)
ReplyDeletekirim salam kat anis. hehe.
sy pon baru nak cuba2 pakai shawl. sebelum ni sarung je senang sbb malas nak iron. hehe
Tak nak bergambar lah dik..
DeleteWpun dah banyak fesyen tudung, tapi still ramai lagi tak pakai tudung. Padahal pakai tudung lg cantik.
ReplyDeleteKita still fail pakai Shawal..susah nak bagi kemas. Last-last chiffon jugak jadi pilihan...
ReplyDeletecomel betul model dia...hehehe
ReplyDeleteApa-apa pun, tudung saji tetap menjadi pilihan saya untuk menutup makanan yang dihidang di atas meja makan.
ReplyDeleteTepat dan padat sekali...itu barulah tertutup namanya :)
DeleteBila tengok mak bergaya...anak2 pun nak juga. Eloklah sedari kecil sudah biasa bertudung. Cuma tambahkan pengetahuan mereka...bertudung bukan sekadar fesyen yg penting menutup aurat mengikut syariat. :)
Deletewahh... biasalah, fesyen tudung sekarang semua up to date... comel cute, pinjam bole?
ReplyDeletedan sy slh seorg peminat mati keras udung bawal ;-)
ReplyDeletebudak kecik kalau pakai tudung nampak comel sangat even senget2 pun..jeles betul !
ReplyDelete