Skip to main content

Perkembangan Fesyen Tudung Kini

Amboi-amboi ke main anis menggayakan shawl barunya.Sukalah dia bila papanya belikan tudung shawl untuknya.Aina mula-mula tak nak, pas tu beria-ia nak tudung purple. Bergaya sakanlah anis dan aina nanti ye..

Sekarang ini pun kanak-kanak pun boleh bergaya macam orang dewasa.Jangan tak tahu kan.Mak bergaya, anak pun sama bergaya.

Bercerita pasal fesyen tudung d Malaysia, sekarang ini fesyen tudung sudah mengalami revolusi dan ianya lebih komersial. Macam-macam stail tudung sekarang dan banyak kedai tudung online tumbuh bak cendawan. Harganya pula tentulah berbeza mengikut kualiti dan jenis kain yang digunakan.

Jangan susah hati tutorial cara nak menggayakan tudung pun banyak di internet.Tapi bagi aku keselesaan dan mudah dipakai amat penting selain mengikut trend masa kini.

Kalau kita perhatikan, fesyen tudung di Malaysia sekarang mengikut musim. Aku ingat lagi ada satu masanya Tudung Bawal mendapat tempat di hati, kemudian apabila Tudung Sarung dan berawning diperkenalkan, makin lama Tudung Bawal dilupakan buat sementara. 

Waktu itu peniaga tudung berlumba-lumba mengeluarkan tudung sarung.Ada saja sale dan jualan murah untuk menambat hati pembeli.

Kemudian sedikit demi sedikit Tudung Shawl,Selendang,Hana Tajima, Gaya Turban, syria,tudung bertingkat mendapat tempat di pasaran dan setiap fesyen tudung ini ada peminatnya tersendiri.

Pasti korang semua setuju, tudung bawal tetap menjadi pilihan dan popular antara semua jenis tudung walaupun trend berhijab kini berkembang dengan rekaan yang menarik. Di tambah dengan pelbagai jenis inner dan aksesori menambahkan lagi keanggunan dan gaya penampilan si pemakainya.

Baiklah, kalau cerita pasal tudung ni memang banyak tapi pilihan aku buat masa ini tetap tudung bawal,selendang dan shawl.Sebab suka pakai belit-belit.dan...yang penting menutup aurat selesa dan menutup dada.

Sekarang ini aku suka tengok fesyen tudung gaya shawl Hijabista.Menarik dan stailo.



kredit : hijabista























Comments

  1. Fesyen hijab ni mmg baik utk menggalakkan msykt Islam skrng utk berhijab.. mcm2 pilihan ada, cuma nak atau taknak je. Yg penting, asalkan mengikut tata cara yg betul kan...

    ReplyDelete
  2. aina mana kak? comel la anis pakai shawl :)
    kirim salam kat anis. hehe.

    sy pon baru nak cuba2 pakai shawl. sebelum ni sarung je senang sbb malas nak iron. hehe

    ReplyDelete
  3. Wpun dah banyak fesyen tudung, tapi still ramai lagi tak pakai tudung. Padahal pakai tudung lg cantik.

    ReplyDelete
  4. Kita still fail pakai Shawal..susah nak bagi kemas. Last-last chiffon jugak jadi pilihan...

    ReplyDelete
  5. Apa-apa pun, tudung saji tetap menjadi pilihan saya untuk menutup makanan yang dihidang di atas meja makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat dan padat sekali...itu barulah tertutup namanya :)

      Delete
    2. Bila tengok mak bergaya...anak2 pun nak juga. Eloklah sedari kecil sudah biasa bertudung. Cuma tambahkan pengetahuan mereka...bertudung bukan sekadar fesyen yg penting menutup aurat mengikut syariat. :)

      Delete
  6. wahh... biasalah, fesyen tudung sekarang semua up to date... comel cute, pinjam bole?

    ReplyDelete
  7. dan sy slh seorg peminat mati keras udung bawal ;-)

    ReplyDelete
  8. budak kecik kalau pakai tudung nampak comel sangat even senget2 pun..jeles betul !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet