Skip to main content

Guardian Walkathon 2014 : Walk For A Cause

Kali pertama aku dengar Guardian Walkathon 2014-Walk For A Cause. Itu pun waktu lunch aku ke Guardian nak beli Johnson's Baby oil untuk aina. Nanti tak beli bising pula aina, sebab dah berjani.Janji mesti ditepati. Cashier Guardian tunjukkan aku risalah Walkathon 2014 sebab resit belian melebihi RM20.00.

Picture kredit to Guardian Malaysia Facebook

Wow!!! Menarik  event ini. Yang berminat tu bolehlah support dan jadikan sebagai aktiviti family..

Tahun ini Walkathon 2014 akan diadakan di Taman Wetland, Putrajaya pada 19 Oktober 2014 (Ahad) ini.

Masa: 7.00pagi
Harga Tiket: RM25* (Dewasa) setiap kemasukan
                     RM15* (Kanak-kanak) setiap kemasukan
                     RM15* (Ahli Kad Gold Privilege) setiap kemasukan
Kategori acara : 3km Fun Walk,5 km Fun Walk & Corporate mascot Dash (100m)

Cabaran Kostum :Peserta yang berjalan dengan kostum paling menyerlah berpeluang memenangi baucar Guardian dan hamper bernilai.
Hadiah Pertama :RM500 
Hadiah Kedua    :RM300
Hadiah Ketiga    :RM200
                     
*Dengan belian minima RM20 dalam satu resit.Terhad kepada 4 tiket setiap resit,setiap transaksi. Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan diderma kepada 3 organisansi amal.

-tamat-





Comments

  1. Menarik juga aktiviti mcm ni.. seronok & menyihatkan.. :)

    ReplyDelete
  2. Join jangan tak join AB...Exercise sambil menderma k..

    ReplyDelete
  3. bestnya.. kalo dgn anak2 satgi kena dukung depa sebab depa dah letih.. hehehhe

    ReplyDelete
  4. boleh la kak ajak aina dgn anis join :)

    ReplyDelete
  5. best ni lau dpt join..sy pn 1st time dengar guardian bt event mcmni..

    ReplyDelete
  6. ala jauh sangat la..kalau dekat boleh join..=D

    ReplyDelete
  7. sy da join last year...thn ni stop kejap sbb injured...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet