Skip to main content

Kenapa wanita perlu lebih tidur ?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan..

Artikel di BH mengatakan bahawa wanita memerlukan tidur yang cukup.Kajian mendapati otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana melakukan banyak tugas di siang hari.Wanita yang kurang tidur sering mengalami kemurungan dan akan kerap marah.Sumber:bharian

Kenapa wanita tidur lebih

Memang wanita yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak akan mengalami masalah tidur yang tidak cukup.Terutama wanita yang tidak mempunyai pembantu rumah seperti aku ni.Awal pagi dah bangun sebelum suami dan anak-anak.Siapkan anak ke sekolah then ke tempat kerja.Balik dari office, siapkan apa yang patut,memasak, kemas rumah,lipat baju,sidai baju dan pastikan anak menyiapkan kerja sekolahnya.Paling awal jam 11.00p.m ke atas baru dapat tidur..Janji suami dan anak gembira.Alhamdulillah belum tahap murung dan masih boleh kawal kemarahan.

Kepada suami-suami bantulah isteri anda melakukan kerja rumah.ye... 



 

Comments

  1. tidur yg cukup mmg perlu utk rehatkan otak kumpul balik tenaga . tapi klu nak masuk tidur seawal kul 10 mlm mmg susah ...

    ReplyDelete
  2. kalaupun kita tidur lambat, dapatkan tidur yang berkualiti. penting tu. jadinya takda la kejap2 terjaga

    ReplyDelete
  3. Sebab perempuan bekerja dgn fizikal. Klu tak cukup rehat, tenaga pun takde. Bila dah takde tenaga, rehat pun kurang, emosi seorg perempuan tu akan terganggu.

    ReplyDelete
  4. niesa jarang tidur lewat sbb dh biasa tidur awl..kalau x ckp tdo mmg akan bad mood..hihi

    ReplyDelete
  5. bulan puasa ni lagi la suka benor tdur siang, kalau balik skolah at least 2 jam tidur ! hehe

    ReplyDelete
  6. bulan puasa ni lagi la suka benor tdur siang, kalau balik skolah at least 2 jam tidur ! hehe

    ReplyDelete
  7. yg x kawen pn kena tido ckp kalu x kepala toing toing ;-)

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...

    Insaallah .. cuba membantu yang terbaik untuk ringan beban isteri ...

    mselim3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...