Skip to main content

Chef Anis

Mama nanti Anis nak jadi Chef. Anis suka masak-masak ni mama..

Assistant ku yang setia membantu di dapur..Rajin sangat menolong di dapur..

Kalau bab cuci cawan dan mug tu, bagi kat anis lah..

Bab menyepah kat dapur pun anis juga..Anis suka tiru cara-cara chef memasak..Ok..puan-puan hari ni chef anis nak masak sup tulang..Nak ketawa pun ada melihat gelagat anis..

Tukang Masak

Cita-cita kanak-kanak kecil sentiasa berubah.Persekitaran, latar belakang keluarga juga mempengaruhi cita-cita mereka.

Aku suka kalau pendidikan seiring dengan bakat anak..Setiap anak dikurniakan bakat semula jadi sejak kecil lagi dan berbeza-beza. 

Sama ada kita sebagai ibu bapa menyedari bakat dan potensi diri anak-anak kita dan serlahkannya..


Comments

  1. Comelnye laa Anis ni. Anak dara dah besar ni. Boleh jadik geng kat dapur. Hehe

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...

    Kita sebagai ibu bapa sentiasa hendak yang terbaik untuk anak2.... amin.

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Lepas ni mama boleh relaks sbb dah ada chef ☺

    ReplyDelete
  4. alahai rajinnya anis..nanti besar jadi chef bole masak utk mama pulak..ehe

    ReplyDelete
  5. hhhahahaa
    anis macam eiqa duluu XD

    Suka bercakap ala2x chef bg resepi kat tv

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet