Skip to main content

Jangan terpedaya sindiket anak angkat

Assalamualaikum..


Macam-macam sekarang orang nak cari duit dengan mudah..sanggup memperdayakan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak untuk mendapatkan duit..Semalam heboh di group whatsapp azlea mesej mengenai pasangan kembar untuk diambil sebagai anak angkat dan pasangan kembar tidak boleh dipisahkan..Betul ke?..mudahnya nak bagi anak pada orang lain..

Ini mesejnya...

Penipuan Sindiket anak angkat

Ini petikan  di Kosmo bertarikh semalam (Rabu)-14 Mei 2014
"Guru Kempunan anak angkat" 

Penipuan Sindiket anak angkat

Sepasang suami isteri yang terdesak untuk memiliki anak sendiri selepas sembilan tahun berkahwin nyaris terpedaya dengan tawaran satu sendikit yang kononnya menguruskan pengambilan anak angkat.

Maklumat PDRM:-

Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat. Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah. 

Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat akan menghubungi suspek menggunakan nombor yang disertakan pada mesej yang dihantar.

 Suspek akan memberikan nombor telefon kononnya seorang doktor yang boleh dihubungi sekiranya ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat tersebut.

Mangsa kemudian menerima panggilan telefon dari 'doktor' tersebut dan dimaklumkan mengenai maklumat peribadi bayi serta proses pengambilan anak angkat.

Beberapa hari kemudian, doktor berkenaan menghubungi mangsa sekali lagi untuk meminta mangsa membuat pemindahan duit kononnya sebagai kos rawatan dan kos guaman. 

Doktor tersebut kemudiannya menghilangkan diri selepas mangsa membuat pemindahan duit.


Berhati-hatilah kawan-kawan semua dan kepada pasangan yang ingin mengambil anak angkat..jangan mudah terpedaya dan percaya dengan tawaran alam maya seumpama ini..Hubungilah pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam urusan pengambilan anak angkat..lebih selamat..


Comments

  1. Dalam media sosial ni banyak yang perlu diambil kira dan disoal siasat setiap maklumat yang diterima. Ramai pihak yang ambil kesempatan terhadap kealpaan kita dalam menerima maklumat.

    ReplyDelete
  2. mcm2 orang boleh buat duit skarang, tapi tak patutla sampai menipu, tak patut betul..

    ReplyDelete
  3. skrg ni macam2.. ada je cara orang nk penaya orang. berhati2.. :)

    ReplyDelete
  4. Rasanya bagus lagi ambil ja anak sana rumah anak yatim. Free, dengan duit tu bole lagi tanggung budak2 tu....

    ReplyDelete
  5. Macam2 sekarang ni... kerana duit sanggup menipu... berani ye...

    ReplyDelete
  6. Hmm..macam-macam dia orang ni kan..kena hati-hati. Ramai aje yang nak buat duit mudah kat luar sana kan..

    ReplyDelete
  7. zaman teknologi sekarang ni mmg perlu lebih berhati2..mcm2 cara dorg nk menipu..isy..

    ReplyDelete
  8. macam2 care nak menipu sekarang ni..

    ReplyDelete
  9. errrkk, bca tajuk entry nie pun dah takutt..
    macam2x skang nie kan kak..
    So berhati-hati laa..
    Benda ni pun x boleh pandang ringan aje..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet