Macam-macam sekarang orang nak cari duit dengan mudah..sanggup memperdayakan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak untuk mendapatkan duit..Semalam heboh di group whatsapp azlea mesej mengenai pasangan kembar untuk diambil sebagai anak angkat dan pasangan kembar tidak boleh dipisahkan..Betul ke?..mudahnya nak bagi anak pada orang lain..
Ini mesejnya...
Ini petikan di Kosmo bertarikh semalam (Rabu)-14 Mei 2014
"Guru Kempunan anak angkat"
Sepasang suami isteri yang terdesak untuk memiliki anak sendiri selepas sembilan tahun berkahwin nyaris terpedaya dengan tawaran satu sendikit yang kononnya menguruskan pengambilan anak angkat.
Maklumat PDRM:-
Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat. Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah.
Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat akan menghubungi suspek menggunakan nombor yang disertakan pada mesej yang dihantar.
Suspek akan memberikan nombor telefon kononnya seorang doktor yang boleh dihubungi sekiranya ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat tersebut.
Mangsa kemudian menerima panggilan telefon dari 'doktor' tersebut dan dimaklumkan mengenai maklumat peribadi bayi serta proses pengambilan anak angkat.
Beberapa hari kemudian, doktor berkenaan menghubungi mangsa sekali lagi untuk meminta mangsa membuat pemindahan duit kononnya sebagai kos rawatan dan kos guaman.
Doktor tersebut kemudiannya menghilangkan diri selepas mangsa membuat pemindahan duit.
Berhati-hatilah kawan-kawan semua dan kepada pasangan yang ingin mengambil anak angkat..jangan mudah terpedaya dan percaya dengan tawaran alam maya seumpama ini..Hubungilah pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam urusan pengambilan anak angkat..lebih selamat..
Dalam media sosial ni banyak yang perlu diambil kira dan disoal siasat setiap maklumat yang diterima. Ramai pihak yang ambil kesempatan terhadap kealpaan kita dalam menerima maklumat.
ReplyDeletemcm2 orang boleh buat duit skarang, tapi tak patutla sampai menipu, tak patut betul..
ReplyDeleteskrg ni macam2.. ada je cara orang nk penaya orang. berhati2.. :)
ReplyDeletesinggah menabung sini.. :)
Deletehmm kesian bayi2 tu :/
ReplyDeleteRasanya bagus lagi ambil ja anak sana rumah anak yatim. Free, dengan duit tu bole lagi tanggung budak2 tu....
ReplyDeleteMacam2 sekarang ni... kerana duit sanggup menipu... berani ye...
ReplyDeleteHmm..macam-macam dia orang ni kan..kena hati-hati. Ramai aje yang nak buat duit mudah kat luar sana kan..
ReplyDeletezaman teknologi sekarang ni mmg perlu lebih berhati2..mcm2 cara dorg nk menipu..isy..
ReplyDeletemacam2 care nak menipu sekarang ni..
ReplyDeleteerrrkk, bca tajuk entry nie pun dah takutt..
ReplyDeletemacam2x skang nie kan kak..
So berhati-hati laa..
Benda ni pun x boleh pandang ringan aje..