Skip to main content

Bento cantik ..

Tertarik pula hiasan pada bento yang disediakan untuk anak-anak ke sekolah..penuh dengan warna-warni..Bento? Kalau sesiapa yang masih tak tahu..bento adalah istilah bahasa Jepun dan hidangan adalah seperti nasi, sushi,shashimi,tempura dan sebagainya.

Di Malaysia, budaya membawa bekal sudah lama dipraktikkan zaman nenek moyang kita lagi. Tetapi di Jepun ianya disediakan dengan cara yang menarik, kreatif dan berkhasiat dan tidak terhad kepada kanak-kanak sekolah, malah turut disediakan bagi golongan perkerja.Kini Bento menjadi tidak asing di kalangan ibu-ibu di Malaysia..

Ini dia Bento ..
Bento-Nasi

Bento-Pasta



Tip penyediaan Bento:-
  • Gabungkan pelbagai warna untuk menarik minat anak 
  • Guna penerap biskut untuk membentuk buah-buah dan sayur-sayuran 
  • Potong makanan kecil-kecil supaya nampak comel
  • Boleh juga disusun dalam bentuk  kartun, buah,haiwan dan lain-lain
  • Makanan disusun padat dan kemas supaya ia tidak bergerak
  • Nasi boleh dibentuk menggunakan plastik ataupun kepalkan ia guna tangan
  • Boleh guna bekas seperti papercup untuk mengasingkan makanan
  • Filler digunakan untuk memenuhkan ruang makanan. Selalunya guna salad
  • Boleh gunakan aksesori seperti pick atau cucuk
  • Letakkan mesej yang ditulis diatas kad ke dalam bekal anak


Menarik tak..kalau nak tahu lebih lanjut baca link ini

Bento untuk aina mesti ada buah kiwi.Buah kesukaannya.Untuk anis, tak perlu bento, tadika memang dah siap breakfast dan lunch untuk anis.

Comments

  1. Replies
    1. Kan..macam2 boleh kita buat untuk bekal anak..

      Delete
    2. Kan..macam-macam idea boleh buat bento

      Delete
  2. wowww,,,comelnye.. tertarik sangat sangat melihatnya..

    ain ade buat giveaway , first time buat.. jom join dan support ain..
    http://akuainkausiapa.blogspot.com/2014/04/follow-click-like-sempoi-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. comel.. nak makan pun sayang.. semua tu utk menarik minat anak utk makan...

    ReplyDelete
  4. Kalau macam ni...memang sukalah nak bawa bekal tapi mencukalah muka isteri...nak decorate macam tu, hehe

    ReplyDelete
  5. comelnya AB..mesti dia orang sukakan..kita yang dewasa pun suka..inikan budak-budak kecil..mesti berselera..

    ReplyDelete
  6. comel..tp kalau niesa yg nk buat mcm ni mesti xkreatid..ehehe

    ReplyDelete
  7. wa.. kaler maler.. baru berselera nk makan.. hehehe
    menabung sini...

    ReplyDelete
  8. bestnyer ! CN semangat nk buat bento ni utk si kecil bila dia sekola t ;)

    ReplyDelete
  9. ooo org pggl bento ea..cntik dan menariknya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet