Skip to main content

Selamat Hari Wanita 2014

Assalamualaikum..

Selamat Hari Wanita  buat insan hebat yang bergelar wanita.

Semoga menjadi wanita solehah dunia dan akhirat,tabah menghadapi segala ujian, di segani, dihormati, di sayangi, berakhlak mulia dan berilmu.



PERUTUSAN KHAS
YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA
8 MAC 2014

Hari Wanita Antarabangsa  2014 membawa seribu pengertian kepada setiap wanita di Malaysia, kerana hari ini merupakan hari pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan serta perjuangan wanita generasi terdahulu yang menjadi sumber insipirasi wanita masa kini.

Tema yang diperkenalkan oleh UN-Women, “Equality for Women is Progress For All”,menjadi penyuntik semangat supaya wanita-wanita lebih bersedia berganding bahu di arus perdana bersama kaum lelaki untuk terus memacu jentera pembangunan Negara, selain berperanan sebagai pengukuh ikatan kekeluargaan.

Harapan saya, misi Hari Wanita Antarabangsa 2014 ini dapat meneruskan legasi memartabatkan peranan wanita di Negara ini dengan lebih berkesan.

Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2014 kepada semua wanita Sri Kandi tanah air.

YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kredit:MyWanita

Comments

  1. sememangnya wanita tu seorang yg tabah . bkn mudah nak mengandung , melahir , membesarkan dan mendidik serta membantu mencari nafkah ...

    ReplyDelete
  2. entry CN minggu ni semua berkaitan wanita bersempena dgn hari wanita ni..hehe

    ReplyDelete
  3. selamat hari wanita sedunia walaupun dh terlambat...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet