Skip to main content

Manfaat belajar berenang

Mungkin ramai di antara kita ada yang pandai berenang dan ada juga yang tak pandai berenang. Tahukah anda berenang amat dianjurkan di dalam Islam.

Rasulullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak -anak kamu berkuda,berenang dan memanah (Riwayat Bukhari dan muslim)

Berenang memang sukan yang banyak kelebihannya dan sebab itulah Rasullullah menyarankan kita mengajar berenang kepada anak-anak. Melalui pembacaan, ingin dikongsi bersama manfaat berenang yang perlu diketahui:-

  1. Baik untuk jantung dan paru-paruBerenang membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah keseluruh tubuh terutamanya tangan,kaki,jantung,pembuluh darah dan paru-paru kerana pergerakan yang aktif di dalam air.
  2. Menghilangkan Tekanan. Berenang mampu membantu hati lebih tenang dan relaks.
  3. PernafasanAmat bagus bagi yang mempunyai asma kerana pernafasan menjadi lebih kuat,sihat dan   panjang.
  4. Membakar kalori. Oleh itu kalau nak turunkan berat badan dengan cepat, berenanglah.Jadi cepat kurus.Fakta mengatakan berenang boleh membakar lebih banyak kalori berbanding berjogging.Sebabnya tubuh akan terasa lebih berat ketika bergerak dalam air, maka tenaga yang diperlukan adalah tinggi.
  5. Membentuk otot-ototBerenang menyebabkan otot pada tubuh dari kepala,leher,dada,perut ,punggung dan tapak kaki bergerak secara keseluruhan.
  6. Kurangkan risiko tercedera. Berenang mampu meminimumkan risiko kecederaan berbanding aktiviti sukan yang lain.
  7. Mengekalkan tubuh badan yang cantik
  8. Mengembalikan kesegaran badan
  9. Mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit kepala
Banyak sebenarnya manfaat berenang yang boleh kita perolehi keatas kanak-kanak yang diajar berenang terutama perkembangan mental,fizikal,emosi dan sosial. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

Kami berdua memang menggalakkan aina dan anis berenang.Almaklumlah papanya memang pandai berenang,jadi anak-anaknya mesti pandai berenang. Jadi tak perlulah ambil instructor yang professional. 


Comments

  1. saya baru nk belajar berenang sikit2.. belajar dengan kawan je, masa mandi sungai... heheh

    ReplyDelete
  2. niesa dr ari tu blaja berenang tp xpandai2 asyik tenggelam je..isy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mula-mula memang tenggelam..tapi bolehlah sikit2..

      Delete
  3. teringin nak hantar ank belajar berenang tapi mahal, tak mampu...nak ajar sendiri tak reti...hhee

    ReplyDelete
  4. best belajar berenang ni, tapi bila lama dah tak berenang, mmg tenggelam balik la ! hehe

    ReplyDelete
  5. KN berenang tak pandai... tau berendam je... hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet