Skip to main content

Cinta Anugerah yang Terindah

Cinta..Jika ditanya saat ini siapakah insan yang paling kita cintai, sudah tentu jawapannya cinta kepada ibu bapa, suami atau isteri, anak-anak,kekasih, kawan, adik-beradik dan lain-lain..Kita berhak bercinta dan dicintai dan kita pasti ada alasan yang kukuh kenapa kita mencintai seseorang.


Pepatah mengatakan cinta itu buta.Kerana cintalah ada wanita yang sanggup meninggalkan keluarganya demi mengikuti jejaka pilihan yang dicintai.Kerana cinta buta ada yang sanggup menyerahkan mahkota diri demi mengikut cinta yang pelum pasti kesudahannya.



Cinta itu anugerah terindah.Setiap saat dan waktu dirasakan seolah-olah berada diawang-awangan.Hidup benar-benar indah.Makan,tidur,baring,hitam,putih.Semuanya kerana cinta. Di matanya ada cinta. Gunung akan ku daki.Lautan berapi akan ku renangi.Ranjau duri sanggup ku redahi.Setiap hembusan nafas ,denyutan nadi dan setiap langkah dan gerak geri ada cinta. Malangnya, ini cinta sang arjuna dan ratna.

Alhamdulillah.Cinta yang didamba akhirnya menjelma jua.Hati berbunga-bunga tatkala si teruna melamar si dara untuk mendirikan masjid.Allah hadirkan rasa istimewa dan cinta itu demi menyahut sunnah Rasulullah agar menghalalkan sebuah ikatan yang tulis murni demi-Nya.


Kalimat,Dia yang Maha Penyayang dan Pengasih.Allah..Dialah pemilik cinta nan agung.Kerana cinta-Nya kepada makhluk-Nya, maka dihadirkan cinta,rasa kasih dan sayang ke dalam roh makhluk-Nya. Agar kita punya rasa kasih dan  sayang kepada Rasul,ibu bapa, anak-anak, suami isteri ,adik beradik,teman-teman,jiran tetangga, saudara seislam dan lain-lain. Tanpa pinjaman ini, hidup kita tidak ceria dan warna warni.


Hargailah cinta, positifkan cinta, muliakan cinta,raikan cinta dan seimbangkan cinta.Jauhkan diri dari segala kemungkaran.Hayatilah kasih Allah kepada kita, kelak kita tidak akan alpa mencari cinta.




Comments

  1. Cinta kpd Allah mengatasi segala2nya sbb Dia yg mengurniakan perasaan itu utk kita cinta kpd makhlukNya yg lain pula. Salam jumaat :) :)

    ReplyDelete
  2. cinta itu fitrah.. tapi jangan sampai jadi fitnah.. :)

    ReplyDelete
  3. dahulukan cinta kpd yg Maha Esa.. :')

    ReplyDelete
  4. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda dan menghantar entri ini sebagai Entri Pilihan Terbaik anda untuk dikongsikan dalam segmen Komen Entri.
    Semoga sedikit ulasan dan perkongsian anda ini dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama. Terima kasih sekali lagi... ikuti komen entri anda di sini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/cinta-kasih-sayang-anugerah-terindah.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet