Skip to main content

Buah Kiwi kegemaran Aina

Aina suka makan buah kiwi.Kalau boleh dia nak habiskan buah kiwi tu hari tu juga.Sedap katanya.Memang pun sedap.Harganya boleh tahan juga.Expecially buah kiwi 'Gold'.So, kena beli buah kiwi 'Green' untuk aina sebab nak topup balik dalam fridge.Sebab hari tu aina dah kira,buah kiwi yang balance 2 simpan untuknya.Tapi entah cammane aku dah makan sebiji semalam...
Manfaat Buah Kiwi

Fakta yang ingin dikongsi keistimewaan makan buah kiwi:
  1. Mestilah baik untuk kesihatan sebab ada banyak kandungan nutrisi dan sesuai untuk diet sihat.
  2. Makan 2 biji sehari dah cukup untuk kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.
  3. Dah tentu sedap walaupun ada rasa masam-masam.
  4. 2 kali ganda jumlah Vitamin C berbanding buah Oren.
  5. Sesuai untuk Ibu yang hamil tau. Sebab ia mengandungi Asid Folik untuk perkembangan otak bayi.
  6. Mengandungi potassium yang sama dengan pisang.
  7. Ada anti-aging.
  8. Mengandungi serat, Vitamin E (jantung dan antioksidan).
  9. Dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan penyakit untuk jangka masa panjang seperti radang sendi,barah,penyakit jantung,kencing manis dan masalah berat badan.
  10. Sesuai dimakan sebagai snek.
Sumber :Berita Harian Online

Banyakkan keistimewaan makan buah kiwi. Jadi lepas ni kita makan buah kiwi je lah.


Salam Sayang
~Azlea~

Comments

  1. eiqa pun suka buah kiwi.!! sangatt.!! :D
    Lama tak makannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ngan akak eiqa.akak selalu beli yg hijau yang gold mahal.

      Delete
  2. mak niesa suka mkn buah kiwi..sedap cuma xrajin nk kupas kulit dia..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang leceh kupas lukit kiwi ni niesa.

      Delete
    2. tu la kan..niesa kalau mak kupas niesa tlg mkn je..hihi

      Delete
  3. jarang makan kiwi ni... suka epal hijau... nanti nak carilah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet