Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Membeli rumah merupakan satu komitmen yang besar kerana kita haruslah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah.Apabila kita membeli rumah bayaran balik setiap bulan akan menjadi keutamaan manakala perbelanjaan lain mestilah dikurangkan.Pastikan kita mampu untuk memperuntukkan satu pertiga daripada wang kita untuk membuat bayaran balik secara bulanan pinjaman yang dibuat.
Aspek penting
Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan.
Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah.
Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan.
Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah.
Status tanah haruslah disemak samada Free Hold ataupun Liase Hold.Kalau Free Hold milik kita selamanya. Berlainan Liase Hold (Pajakan 99 tahun) .Begitu juga status tanah samada tanah itu tanah kebun, lombong ataupun bukit.
Selidik juga latar belakang pemaju.Ini amat penting ya. Kita boleh semak di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan samada permit sah atau tidak. Kita boleh semak juga projek-projek pemaju yang lepas.
Sumber kewangan kita harus ada sekurang-kurangnya 10%-20% bayaran deposit bagi membeli rumah. Itu bagi pembelian rumah melalui pinjaman bank. Kita boleh membuat pengeluaran wang KWSP di dalam akaun 2.Pengeluaran wang KWSP ini boleh dibuat selepas kita menandatangani Sale and Purchase Agreement (S&P).
Mereka yang berkerja kerajaan boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan.Memang beruntung kerana tak perlu pening kepala. (macam adik aku)
Dokumen yang diperlukan
Baiklah..dah puas hati aspek pembelian rumah. Kita haruslah sediakan dokumen penting yang diperlukan untuk membeli rumah dan booking fees menandakan kita memang berminat sangat nak beli rumah. Booking Fees bergantung kepada pemaju.Ada yang dikenakan bayaran sehingga RM2,000.00.
Dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan slip gaji untuk 3 bulan
- Penyata bank (gaji yang dimasukkan untuk 3 bulan)
- Borang EA
- Surat Pengesahan Majikan
- Resit bayaran booking/booking Fees
Disebabkan aku membeli rumah semasa pelancaran, tak menjadi masalah kerana bank officer dan peguam yang dilantik oleh pemaju telah pun berada semasa pelancaran perumahan. Boleh pilih mana-mana bank yang kita sukalah.
Pegawai Bank akan membuat pengiraan dan komitmen bulanan termasuk MRTA, insurans,legal fees ,BLR dan lain-lain.Kita boleh pilih samada nak masuk dalam pinjaman atau tidak.Terpulang.Disebabkan aku bekerja swasta so kami perlu membayar deposit 10% kepada pemaju dan bakinya membuat pinjaman melalui Public Islamic Bank. Yuran dan kos guaman kami bayar asing.
Sekiranya kita memang banyak hutang seperti kad kredit dan lain-lain proses layak akan mengambil masa yang lama.Kalau tak, proses akan menjadi cepat.Tak sampai seminggu pun.Alhamdulillah..
Kemudian Officer Bank akan mengeluarkan surat tawaran kepada kita samada kita setuju atau tidak tawaran bank. Kita boleh buat perbandingan bank-bank lain. Itu bergantung kepada kita.Kita akan diberi masa selama sebulan. Dah bersetuju terima tawaran bank bolehlah beritahu Pemaju dan dapatkan S&P. Lawyer pemaju akan bagi salinan S&P yang telah kita tandatangani dan stamp duty oleh pihak lawyer.
Bank Lawyer dan Developer Lawyer
Bank Lawyer (urusan peminjaman perumahan)
Developer Lawyer (urusan jual beli rumah)
Dah selesai tandatangan surat tawaran, kita akan berurusan dengan lawyer bank pula untuk tandatangan perjanjian pinjaman perumahan. Lawyer akan terangkan kos-kos guaman dan yuran guaman yang telah ditetapkan. Masa ni kita pandai-pandailah mintak pengurangan.Yelah bayar pun bukan sedikit antara RM3,000 ke atas.Bayar cash tu..Simpan salinan perjanjian.
Oh ye..sebelum tu kita kena pastikan berapa bayaran yang perlu dibayar kepada peguam pemaju ya.Sebabnya rezeki orang ni lain-lain ada yang dapat diskaun, ada yang dapat free SPA legal fee dan discount untuk BUMI. Kalau beli rumah dengan pemaju ni, harga rumah setiap pembeli lain-lain tau. Rumah macam goreng pisang, harga akan naik dengan mendadak.
Dah selesai segalanya bayaran deposit, kos guaman bank dan developer, tunggulah surat daripada pemaju dan bank untuk pembayaran. If bank dah start buat payment kepada pemaju nanti kita akan terima surat dari bank berapa bayaran kita akan dikenakan. Sampailah rumah dah siap sepenuhnya beserta bil yang perlu dibayar untuk kemasukan air dan elektrik oleh pemaju.
Pembayaran bulanan ini juga bergantung kepada perjanjian dan interest bank. Oleh itu kena tanya habis-habis dengan officer bank bila start bayar tau. Supaya kita lebih bersedia.
Entri ini sekadar berkongsi.Mungkin ada maklumat yang tak masukkan dalam entri ini.Bolehlah komen di ruangan komen. Setakat ini dah pun bayar bil untuk cagaran elektrik.Moga Allah permudahkan lagi urusan kami sekeluarga dan dapat mendiami rumah pada tahun hadapan. Pesanan cepat-cepatlah beli rumah. Tahun hadapan confirmm harga rumah naik lagi.
waaa..belum berpeluang beli rumah lg
ReplyDeletennti boleh la buat rjukan sni :)
nice sharing
Boleh saja..
DeleteComplicated betul urusan pembelian rumah ni. Dah la harganya melambung-lambung naik sekarang ni.
ReplyDeleteApabila KEPERLUAN RAKYAT...iaitu RUMAH dan KERETA...dijadikan ALAT untuk MENINDAS RAKYAT...
ReplyDeleteApabila KEPERLUAN RAKYAT...iaitu RUMAH dan KERETA...dijadikan ALAT untuk MENINDAS RAKYAT...
ReplyDeleteBagus perkongsian ni. Amat membantu kpd yg memerlukan. Urusan pembelian rumah ni mmg kena perlu kita tahu sblum membeli bagi mengelakkan perkara2 yg boleh menimbulkan ralat & rugi. T kasih atas perkongsian AB.. :)
ReplyDeleteNice info kak. ^_^
ReplyDeletesy x pasti betul ke tak...kalu kita x de komitmen lain (mcm kereta), bank mudah utk meluluskan pinjaman...betul ke?
ReplyDeletemay be anies.
Deletesaya lama lagi nak melangkah ke fasa ni. hehe
ReplyDelete