Skip to main content

Posts

Lirik lagu Animasi Puteri

Lirik Lagu Animasi Puteri Angin berhembus membelai mesra Tenang di jiwa suasana terkira bahagia Hatiku ceria dengar kicau kenari Cahaya suria bersinar indah Mekar mewangi bunga di taman Warna warni seluruh alam Damainya mempesona https://www.facebook.com/puterilimau.official http://www.puterilimau.com/ Anis dan Aina tak sabar nak tengok Puteri.Ala-ala Frozen..

Terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Agak lama juga tak update berkenaan CPUV dari  Nuffnang . Bila check, ada 5 CPUV yang tengah on going buat masa ini. Tapi ada juga CPUV seperti tidak bergerak je.. Terima kasih ye Nuffnang dan pengiklan semua sudi beriklan sini. Win a 3 Days 2 Night Trip Transitions Optical Mah Sing - Avenue Street Ducth Lady Friso Baby's Sony Xperia Z3 

Pengalaman beli rumah dari developer

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Membeli rumah merupakan satu komitmen yang besar kerana kita haruslah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah.Apabila kita membeli rumah bayaran balik setiap bulan akan menjadi keutamaan manakala perbelanjaan lain mestilah dikurangkan. Pastikan kita mampu untuk memperuntukkan satu pertiga daripada wang kita untuk membuat bayaran balik secara bulanan pinjaman yang dibuat. Pengalaman membeli rumah memang meletihkan apatah menunggu rumah baru siap sepenuhnya. Ini pengalaman aku membeli rumah baru dari pemaju 2 tahun lepas akan saya kongsikan disini. Aspek penting Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan.  Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah. Memandangkan aku memang dilahirkan di Hulu Selangor dan sekarang ni banyak projek perumahan rumah di sana sudah tentulah aku tidak melepaskan peluang membeli rumah di kampung halaman ku. Lagipun berdekata...

Anis dah bertindik telinga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Seronoknya anis bergaya depan cermin melihat telinganya sudah ada subang.Kembang kempis hidung anis kan. Sebenarnya dah lama nak tindikkan telinga aina dan anis. Yelah aku bertindik rasanya umur aku 7 tahun buat di kedai emas. Rasanya time tu dah guna yang bertembak.Tak sakit.Tak tahulah kalau  ada yang masih guna style lama cucuk masa zaman aku.Yang tu memang sakit. Anis pula memang berani ikut perangai aku kot tak macam aina.Duduk jauh melihat telinga adiknya ditembak dengan alat khas.  Sebelum tu anis dah  pilih warna subangnya. Aku pilih warna lain.Anis nak juga warna merah.Sama dengan warna bajunya.Baiklah .Pilihlah warna merah. Anis tak perlu di suruh, duduk di kerusi dan selamba je mukanya.Kelakar pun ada. Tak sakit katanya. Selepas ini boleh lah anis eksen dengan mak su yang masih tak bertindik sampai sekarang.

Semak keputusan peperiksaan sekolah (SAPS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mudahnya, semuanya hanya dihujung jari. Semuanya Online. Oh ye..dah semak keputusan peperiksaan anak? Saya sudah. Alhamdulillah.Moga aina terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Mudah sahaja.Ibu bapa dan penjaga kini boleh memeriksa keputusan peperiksaan anak diatas talian hanya melalui  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibu bapa atau penjaga perlu memasukkan No Kad Pengenalan Anak/Sijil Lahir,pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan Tahun Peperiksaan. Kemudian Tekan Semak Laporan. Kemudian akan keluar butiran nama pelajar. Pilih peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun dan tekan papar slip keputusan atau papar markah peperiksaan.  Dengan menekan papar markah peperiksaan, kita boleh membuat analisa keseluruhan pencapaian pelajar.  Sistem ini amat memudahkan dan amat sesuai dengan keperluan semasa. Kalau dulu sekolah menggunakan Report Card dan hanya boleh dilihat pa...

Si Pink dah Okey :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur alhamdulillah. Si Pink dah ok. Baru lah best nak berblog kan.  Mujurlah ada kawan suami yang baik hati Bob tolong check si pink ni. Terima kasih banyak-banyak bob. Puncanya RAM dah rosak. Lega.. Selepas ini nak upgrade RAM sahaja. Sebab si pink dah jadi slow. Terima kasih kawan-kawan sudi tinggalkan jejak di sini. Nanti slowly jejak bila blogwalking ya.

Suka baca buku tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Beli buku setiap bulan? Ada orang kata rugi beli buku ni.Tak ada faedahnya.Bukan boleh kaya pun. Itu pendapat orang lain.Bagi aku setiap bulan aku akan menghabiskan minimum sebanyak RM50.00 untuk membeli buku. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana duit gaji kita disalurkan. Itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapatnya sendiri.  Hari ini aina minta aku belikan buku komik untuknya. Dah lama sangat dia minta. Disebabkan final exam dah selesai,oleh itu hari ini dapatlah buku komik yang diidam-idamnya.Selepas aku pun puas hati ayat dan bahasa komik tersebut adalah ayat standard Bahasa Melayu dan sesuai dibaca olehnya. Tunjuk contoh minat membaca Memang susah sebenarnya untuk kita sebagai ibubapa untuk memupuk minat membaca dikalangan anak kita.Kalau tak bermula dari kita siapa lagi. Didikan bermula dari kita juga. Sebelum kita suruh anak kita membaca, kita mesti tunjuk contoh yang kita juga minat membaca. Mungkin disebabkan aku juga...